Monday 25 December 2017

RESEPI KEK MARBEL


BAHAN-BAHAN:
125 gram butter(saya guna planta jer)cairkan dan sejukkan
125 tepung gandum (saya guna tepung superfine)
125 gula kastor
4 biji telur gred A
1 sb ovallate
2 sb susu pekat manis
1/2 sb esen vanilla
1 sb coklat emulco
1 sb serbuk koko
Loyang 7inch/8inch


CARA-CARA:
1.cairkan planta dan sejukkan.

2.mix dgn kelajuan perlahan tepung,gula,ovallate,susu dan telur. setelah sebati,mi dgn kelajuan laju selama 7-8minit.
3.masukkan planta yg telah dicairkan. sebatikan dgn spatula sahaja.
4.bahagikan adunan kepada dua. satu adunan ketepikan. satu lagi letakkan esen, coklat emulco dan serbuk koko.
5.letak dalam loyang yg telah dileserkan planta secara selang seli atau ikut suka hati
6.bakar dgn suhu 170,api atas bawah selama 40-45 minit atau sehingga masak.
7.selamat mencuba

RESEPI CHOCOLATE ALMOND BISCOTTI



Pernah makan biscotti?
Kalau tak pernah boleh cuba resepi ni.Sedap dinikmati dengan secawan kop.. 
Kalau tak percaya cubalah..

BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
2 sdt baking powder 1 sdt garam halus 1/2 cawan butter
1 cawan gula castor
2 biji telur gred B
1 sdt esen vanilla
Kekacang (saya gunakan Almond ia tidak perlu panggang kerana biscotti ini perlu dibakar 2x )

CARA MEMASAK :
Ayak tepung, serbuk koko, garam dan baking powder. Ketepikan.
Satukan pula gula dan butter..putar dlm mixer smpi gebu lebih kurang 5 minit.
Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Putar dlm 2 minit.
Satukan adunan butter dalam bahan ayak . Guna spatula sebatikan. Masukkan almond yang dah dihiris2. 

Jangan over uli...cuma satukan semua bahan je agar terbentuk doh bulat .
Panaskan oven suhu 180c selama 10 minit.
Alas tray dengan baking paper. 

Bahagikan doh kepada 2. Bulatkan dan buat bentuk lonjong dgn ketebalan dlm 1 inci . Bakar doh ni selama 35 minit api atas bawah .
Da siap bakar..keluarkan dan biarkan selama 15minit.

Cukup masa ia rehat..panaskan oven semula ( 180c ).
Ni penting...nak slice biscotti. Gunakan pisau ROTI ( pisau bergerigi macam gergaji tu ). Pisau kena tajam..klu tak biscotti mudah patah!! 

Potong biscotti dalam 1 inci tebal. Ada yg buat nipis2 tapi advise saya klu tak mahir jgn buat nipis, sebab biscotti mudah patah.
Susun semula biscotti yg dah dipotong atas tray tadi.
Bakar biscotti utk kali ke 2 selama 30 minit. Tujuan utk bakar 2nd round ialah utk merangupkan biscotti .

Dah siap..sejukkan atas redai dan boleh dihidangkan.

RESEPI DAGING MASAK KANDAR


BAHAN-BAHAN:
1 kilo daging
20 ulas bwg kecil( dihiris)


Bahan-bahan yang perlu dibasuh dan direndam sehingga kembang:-
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 btg kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
7 buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
15 tangkai cili kering-direbus
2 labu bawang besar
1/2 labu bawang putih
2 inchi halia

(kesemua ini diblender bersama bahan yang direndam diatas)
note:bahan-bahan yang direndam itu, nanti airnya perlu diblend sekali.jagan buang airnya


1cwn sos tomato
1cwn kicap pekat
2 sudu besar kerisik
4-5 tangkai daun kari
gula, garam, kiub ayam/ daging 


CARA MEMASAK:
-Tumis bawang hiris dan daun kari hingga kekuningan
-masukkan bahan2 blender dan tumis hingga garing masukkan daging, kecilakn api biarkan sehingga air daging hampir kering dan hampir lembu.

-masukkan kicap, sos tomato, kerisik, gula, garam, kiub dan masak sehingga kering.
-Kalau suka boleh ditambah bawang besar yang dipotong bulat masukkan diakhir sekali.
Kalau gunakan ayam, goreng dahulu tapi jgn terlalu garing.
-gula itu lebih sedap jika gunakan gula melaka asli kalau kurang manis baru tambah gula putih.

Saturday 2 September 2017

RESEPI UBAT JANTUNG


Hari ini saya nak kongsi Resepi Ubat Jantung menggunakan Superfood Bawang Putih yang bergolek di dapur korang itu.

Alhamdulilah selepas mengamalkan resepi ini, nafas saya lapang dan tiada 'nyut-nyut' di dada. Malah tenaga saya juga bertambah, tak adalah letih sangat.


Memang betullah cakap ustaz yang sarankan amalan ini. Ustaz ini cuma minta tolong viralkan kalau berkesan, biar dapat tolong ramai orang. 

RESEPI UBAT JANTUNG

BAHAN-BAHAN:
3 ulas Bawang Putih
1 sudu besar Madu.


CARA PENYEDIAAN:
3 ulas bawang putih itu di cincang halus, biarkan selama 15 minit dan kemudian gaul rata dengan satu sudu besar Madu.


Kemam secara perlahan campuran bawang putih dan madu tadi. Seeloknya ambil semasa perut kosong, InshaAllah dalam masa 7 hari akan ada kesan yang ketara pada tubuh badan.


Rupanya resepi ini bukan sahaja untuk jantung, ada banyak khasiat lain seperti:

1. Mencegah lebihan lemak pada dinding jantung.

2. Mencegah serangan jantung dan saluran arteri tersumbat disebabkan penebalan dinding dalam pembuluh darah jantung.


3. Menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol.


4. Merawat masalah kulit alergi dan gatal-gatal


5. Merawat masalah cirit birit


6. Buang toksik dalam badan


7. Menambahkan daya ketahanan badan


8. Menurunkan kadar gula dalam badan untuk pesakit kencing manis


9. Mencegah penyakit kanser


10. Mengurangkan sakit arthritis


11. Boleh menurunkan berat badan


Lagi satu ustaz ini cakap kalau ada masalah seram sejuk, resdung dan demam berpanjangan pun bagus amalkan petua ini.

RESEPI LUTUT POWER




Terlalu ramai yang mempunyai masalah sakit lutut. penyakit ini tidak mengira umur,yang tua atau muda masing-masing mempunyai risiko untuk menghidap penyakit ini.

RESEPI LUTUT POWER  memang khas untuk sesiapa yang ada masalah lutut.Resepi ini memang berkesan.Ini ialah resepi orang-orang lama yang memang popular. Sesiapa yang dah tau takpe. Yang masih belum tahu anda boleh cuba dan amalkan ok?

BAHAN-BAHANNYA:
2 biji Apple hijau potong dadu
4-5 batang serai di ketuk (Kalau besar guna 3 cukup)
1 batang Kayu Manis Ceylon patah-patah kan (kalau yang gemuk, guna 1/2)
5 gelas air

CARA PENYEDIAAN:
Rebus kesemua bahan sampai jadi 4 gelas air. Minum ketika iasuam, 2 kali sehari. Boleh minum tiap tiap hari atau 2-3 kali seminggu.

Apple tu boleh kunyah jek. Sapa rajin, nak blend pun boleh. Tapi serai ngan Kayu Manis Ceylon tu sila letak tepi ok. Tak payah kunyah. Khasiat dia dah keluar.

Kenapa air ni power?
Apple, serai dan Kayu Manis memang anti inflammation. Tiga tiga bahan ni power dan terbukti berkesan untuk sakit sendi. Sebab tu ramai yang berkesan bila minum air ni.

Kulit Apple nak kena buang ke tak?
Tak payah. Cuci bersih dan rebus skali ngan kulit. Kulit Apple ada 5 kali ganda antioxidant. Rugi ler kalau buang khenn!
Pesakit yang ada masalah darah rendah tak boleh minum air ni. Nanti darah jadi terlalu rendah.

RESEPI AGAR-AGAR TEMBIKAI

Sumber:resepisedap

 
Perghhh!!! Terbaik betul kalau dessert macam ni dapat makan waktu musim panas.Kanak-kanak pun suka!! Kalau dihidangkan untuk tetamu, confirm esok mereka akan datang lagi. Cara penyediaannya juga amat mudah.

Bahan-Bahan :
1. Potong dadu buah berikut :  Buah Naga  Buah Kiwi  Buah Nenas  Buah Betik  Buah Tembikai   Buah Anggur   Buah Apa-Apalah yang korang suka

2. Masukkan kesemuanya ke dalam buah tembikai yang telah dikeluarkan isinya.

3. Panaskan Agar-Agar seadanya.

4. Tuang Agar-Agar ke dalam tembikai

5. Biarkan sejuk kemudian Masukkan  ke dalam peti sejuk

6. Apa lagi.. makan lah..


Silakan Share.. 

Tuesday 11 July 2017

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

 Sumber:google

1) Ketika Memulakan Kerja
bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan *keluarlah iblis dan syaitan* yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

2. Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali). Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah *bersolat* kerana Salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

3. Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.

4. Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: "Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.


Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.

PAHALA MEMBACANYA
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Ketika saya (Rasulullah SAW) Israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. 

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka :
"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan."


Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya;
• Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
• Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
• Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
• Walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

SENANGKAN HIDUP ORANG UNTUK SENANGKAN DIRI MU ATAU KELUARGA KAMU KELAK

Sumber:google

" Cikgu, saya mohon cuti tanpa gaji seminggu. Sebagaimana cikgu tahu, anak saya dikesan menghidapi penyakit leukimea baru-baru ini.

CRK saya dah habis. Sedangkan anak saya perlu berada di wad lagi seminggu untuk rawatan kimoterapi," pohon seorang guru perempuan dengan santun.

" Cuti Tanpa Gaji? Cuti Tanpa Gaji akan mempengaruhi senioriti awak. Akan banyak kesan sepanjang perkhidmatan walau sehari awak ambil. Tak payah ambil Cuti Tanpa Gaji, rugi," balas pengetua tersebut.

" Habis tu macam mana cikgu? CRK dah habis, siapa nak jaga anak saya di wad," balas guru perempuan itu memohon ihsan.

" Awak cuba minta 'time slip' dengan doktor setiap kali pergi hospital. Awak datanglah pukul berapa pun bertugas di sekolah. Maklumkan pada PK1 awal-awal kalau ada kelas.

Senang beliau buat relief. Dan waktu cuti nanti, buatlah kelas tambahan untuk murid yang bakal periksa PMR. Kalau ada program besar sekolah, awak tawarkan diri jadi ketua. Semoga anak awak cepat sembuh," balas pengetua itu mesra.

Sumber:google

Kisah ini berlaku pada sahabat aku belasan tahun dulu. Pengetua itu kini sudah pun pencen. Pencennya disambut meriah. Meriah sungguh.

Namun kebaikan hati, tolak ansur dan toleransi masih menjadi bualan anak-anak buah sehingga hari ini. Malah hubungan dengan anak-anak buah terus erat. Saling mengunjungi tanda hormat.

Begitulah hidup. Jika kita berkuasa dan berpangkat, namun terus merendah diri dan membantu memudahkan kerja orang lain, pasti disayangi dan dihormati.

Hormat itu tidak boleh dijual beli. Tiada harga untuk diletakkan pada sebuah penghormatan pada seorang ketua yang cakna dan memahami.

Biarlah kisah ini menjadi teladan dan ikutan pula pada sahabat yang bergelar PGB dan bakal-bakal pentadbir.

Takkan pernah jatuh martabat mereka yang merendah diri bahkan makin tinggi pula disanjung orang sekeliling. Sungguh!

* Ini kisah benar. Anak leukimea itu kini sihat walafiat dan membesar dengan elok. Alhamdulillah.

Thursday 11 May 2017

RESEPI AGAR-AGAR KERING


Bahan-bahan:
60 gm agar-agar bertali
1300 ml air
150 gm gula batu - diketuk halus
1200 gm gula pasir
Pewarna makanan (merah, oren, purple dan kuning)


Cara-cara:
Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. 


Tapis dan buang airnya.

Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. 

Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur.

Masukkan gula batu dan gula. Kacau rata. masak sehingga gula batu hancur.

Angkat dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan.

Sejukkan dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. 

Anda boleh gunakan acuan untuk mendapatkan bentuk bentuk yang menarik.

Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula

Balik-balikkan sentiasa supaya ia kering sekata.

Nota:
Anda boleh ketuk dahulu gula batu bagi ia menjadi ketulan kecil supaya ia cepat hancur baru masukkan dalam periuk.

RESEPI RENDANG AYAM PEDAS CILI PADI


Bahan-bahan:
8 ketul ayam
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang besar*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit*
3 batang serai*
20 biji cili padi* 

(kisar bahan bertanda *)
1/2 sudu ketumbar (disangai dan tumbuk)
1/2 sudu jintan manis (disangai dan tumbuk)
Santan dari sebiji kelapa
Daun kunyit (hiris halus)
1 sudu kecil kerisik
Gula melaka
Garam
Air asam jawa


Cara-cara Memasak:
1. Kisar semua bahan yang bertanda *.

2. Tumis bahan kisar hingga naik baunya. Masukkan ketumbar dan jintan. Kacau sebati.


3. masukkan santan, daun kunyit dan ayam.


4. Setelah separuh kering, masukkan kerisik. Perasakan dgn garam, gula dan asam jawa.


5. Tunggu hingga kuah kering dan bolehlah dihidangkan.

RESEPI AYAM MASAK KUZI.


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam 1.5kg – 1.8kg  dipotong 12 bahagian.
Sedikit saffron.
1 sudu besar pes halia bawang putih.
600gm bawang merah kecil dihiris halus dan digoreng garing..
1 tin susu sejat.
1/4 cawan buah badam direbus, dibuang kulit.
1/4 cawan biji janggus dihiris panjang, digoreng dgn minyak sapi
60 gm kismis hitam.
50gm biji janggus, digoreng dengan minyak sapi.
2 sudu besar minyak sapi.
1 biji bawang besar di hiris halus.
1 cawan air atau seperti kepekatan kuah yang anda kehendaki
garam dan gula secukup rasa.


Penyediaan Rempah Kuzi:
1 sudu besar biji ketumbar.
1 sudu kecil biji jintan manis.
1 sudu kecil jintan putih.
1/2 sudu kecil biji lada putih.
1/2 sudu halia kering.
1/4 sudu kecil kayu manis.
1/2 sudu serbuk kunyit.


Cara-cara penyediaan rempah kuzi:
1. Sangai ketumbar, jintan manis, jintan putih, lada putih, cincang dulu halia kering, dan tumbuk kayu manis. Kisar halus kesemua rempah-rempah ini dan gaulkan dengan serbuk kunyit.


CARA MEMASAK:
1. Larutkan saffron dalam satu sudu kecil air. Lumurkan saffron pada seluruh ketulan ayam dan peramkan 1 sudu pes halia bawang putih dan sedikit garam.


2. Kisaran rempah bersama bawang goreng dimasukkan dalam bekas susu sejat.


3. Masukkan minyak sapi dalam kuali dengan sedikit minyak masak, bila panas gorengkan ketulan ayam sehingga permukaan ayam garing sedikit selama 15 minit. Angkat ketulan ayam.


4. Goreng bawang dalam minyak gorengan ayam tadi. Bila bawang goreng mula bertukar warna kepada kuning keemasan masukan susu yang telah adunkan bawang dan juga rempah. Masukan pes buah badam yang telah dikisar. Tambah garam dan gula secukup.


5. Masukkan ketulan ayam, buah kismis dan masak sehingga kuahnya pekat. Sekiranya kuah terpekat anda boleh tambahkan air untuk cairkan sedikit. Hidangkan dengan ditabur buah janggus. Selamat mencuba. Dalam resepi ada juga tumbuk bawang goreng halus dan masukkan 1 botol sos tomato sebotol. Selamat mencuba.

RESEPI AYAM MASAK BALI


Bahan bahan Ayam Masak Bali:
1 ekor Ayam
6 ulas bawang merah
Kicap pekat
1 tangkai daun kari
3 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam dan gula
1 batang serai diketuk)


Bahan A
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu serbuk kunyit
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan kasar
Cili kering
2 batang serai


Cara-cara memasak Ayam Masak Bali:
Kisar bahan A, gaul bersama kunyit dan kicap pekat. Perap ayam bersama bahan tersebut.

Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap.


Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi.


Masukkan daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.


Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.


Ayam Masak Bali Siap untuk dihidangkan.

RESEPI AYAM LEMON CHINESE STYLE



Bahan-bahan:
2 dada ayam-bersihkan dan keringkan


Bahan perap:
3 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh minyak bijan
sedikit black pepper
1 biji telur


Bahan Salut:
5 sudu besar tepung
5 sudu besar breadcrumbs 


Bahan sos:
1 sudu besar sos plum
3 1/2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar cuka
4 sudu besar gula
2 sudu teh tepung jagung
Minyak secukupnya


Cara-cara Memasak:
01. Perap ayam dengan bahan perap selama 2 jam atau semalaman.

02. Salut dengan bahan salut dan goreng hingga garing dan kekuningan.
03. Potongkan ayam dan letak atas pinggan hidangan.
04. Campur semua bahan sos, didihkan hingga pekat.
05. Curah atas ayam tadi dan hidangkan.

RESEPI BISKUT DAHLIA


Bahan-Bahan :
1 buku butter/mentega
3/4 @ 1 cawan gula halus/gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 cawan tepung ubi
2 cawan tepung kastard
2 cawan tepung gandum
(semua tepung di ayak)


Cara-caranya :
- pukul butter/mentega dan gula hingga kembang
- masukkan kuning telur dan esen vanila - gaul sebati
- masukkan tepung ubi,tepung kastard dan tepung gandum
- uli hingga menjadi doh - kalau doh lembut,tambahkan sedikit tepung gandum.
- kemudian paipkan dengan acuan samperit @ biskut dahlia
- hiaskan dgn ceri @ manik @ ikut suka..
- bakar 20 minit atau lebih dgn suhu 180 darjah @ bergantung pd oven masing-masing.

RESEPI CORNFLAKES MADU


Bahan-bahan:
1 cawan gula
10 sudu besar madu
1 buku mentega (250g)
1 kotak cornflakes


Cara Membuatnya:
Dengan api perlahan, masukkan mentega, dan gula.Kemudian Sebatikan kesemua campuran tersebut  sehingga cair kemudian tutup api. 


Masukkan madu dan kacau.Apabila  adunan itu telah sejuk sedikit, (jangan sampai adunan keras) kemudian masukkan cornflakes.


Kacau lagi hingga sebati kemudian sudukan dan masukkan ke dalam acuan paper cup yang comel pilihan sendiri. 


Selepas itu silalah masukkan ke dalam oven dan bakar selama 10-15 minit. 


Tips:
Untuk kelihatan cantik, sebelum bakar kita  boleh hiaskan dengan ceri atau almond(badam) mengikut cita rasa. 


Sila guna cornflakes berjenama Kellogg's untuk hasil yang lebih baik.Ini kerana cornflakes jenama
Kellogg's  lebih rangup dan lebar. 

RESEPI BISKUT KACANG MAZOLA



Bahan-bahan: ( 1 balang )
200gm tepung gandum
200gm kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar halus)
100 gm gula (kisar halus)
1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya
Kuning telur


Cara-cara Membuatnya:
Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dan kacang kisar.
Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.


Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser/sapu dgn mentega.


Sapukan diatasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.

Monday 8 May 2017

JIKA TIADA LAGI ESOK BAGIMU,APAKAH FIKIRMU?

Sumber:google

cuba kau fikir
jika hari ini merupakan hari terakhirmu
jika tiada lagi esok dan lusa bagimu selepas ini
jika selepas ini segala-galanya akan tiada lagi bagimu
jika selepas ini kau bakal ditanam di pusara

adakah cukup dirasa amalan selama hidup ini?
adakah cukup segala perbuatan untuk menolong?
adakah cukup segala wang yang dicari untuk menolong?
adakah cukup gelak ketawa rakan untuk menenangkan kau di dalam kubur?

jika dirasa segala jawapan bagi persoalan di atas adalah tidak
jika dirasa segala amal di dunia masih tidak cukup

hentikanlah membuang masa
hentikanlah gelak ketawa tanpa henti
hentikanlah membuat lawak bodoh yang jijik
hentikanlah perbuatan sia-sia
hentikanlah usaha mencari nama dunia mendapat pingat

berubahlah sekarang
bertaubatlah sekarang
baikilah diri sebelum matahari tidak lagi terbit untukmu

kerana sesungguhnya
tiada siapa yang dapat membantu anda di alam lain nanti
melainkan tiga perkara itu
dengan syarat tiga perkara itu baik
tetapi cukupkah itu?

anda fikirlah
Allah kurniakan akal bukan?

semoga usaha kita mendapat keberkatan Allah
semoga dosa lama diampunkan
amin

Assalamualaikum...


 Sumber:google

Thursday 4 May 2017

RESEPI LEPAT JAGUNG MANIS


Lepat jagung manis...

Lembut...

Lemak....

Semua ada...Lebih-lebih lagi jika dibalut dengan kulit jagung.Nampak sungguh cantik dan menyelerakan. Sangat sesuai untuk minum petang.

Bahan-Bahan:
 
Daun jagung dibersihkan dan disapu minyak

Jagung yang dileraikan direbus sekejap kemudian disejukan.
2 cawan tepung beras
1 cawan santan
1/2 cawan gula
3 cawan air
1 sudu garam.


Cara-Caranya:
Campurkan kesemua bahan tadi dan gaulkan hingga sebati dan tidak berketul. Masukkan jagung tadi.Masak adunani ni sehingga likat dan tutupkan api.


Masukan adunan ke dalam kulit jagung..lipat mengikut kreativiti sendiri dan kukus selama 15 hingga 20 minit.Kemudian siap untuk di hidangkan.



RESEPI SUP IKAN MERAH YANG SANGAT SEDAP!!!



Bahan-Bahan:
1 kg ikan merah
4 cawan air
minyak untuk menumis
Daun sup/daun bawang 

Bawang goreng (untuk taburan)

Bahan tumbuk:
1 sudu besar lada sulah/putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah


Bahan Tumis:
1 batang kulit kayu manis

1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 ulas bawang putih (dihiris)
2 biji bawang merah (dihiris)


Cara-Cara Memasak:
Ikan merah di siang dan dipotong 2 kemudian dicuci dan toskan.


Tumbukkan lada putih hingga lumat dan tumbuk bahan-bahan yang lain sehingga lumat.


Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan tumis.


Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau.


Masukkan air dan biarkan mendidih.


Masukkan ikan dan kacau rata.

Tambah air lagi jika perlu.


Masukkan garam dan perasakan.

Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan angkat. Letak dalam mangkuk dan taburkan bawang goreng dan daun sup/bawang. Sedia utk di hidangkan.Siap!!!!

RESEPI POPIA BASAH



Bahan-Bahan Kulit Popia:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur putih
3/4 cawan air
2 sudu mkn cuka
Secubit garam

Cara membuat kulit popia:
Masukkn semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul sebati. Boleh guna tangan atau sudu. Jika adunan nampak pekat, boleh tmbahkan air sedikit.


Tutup dan perap 30 minit.


Selepas 1/2 jam, panaskn kuali leper atau kuali non stick ambil sejemput adunan dan lengserkn di atas kuali nipis-nipis.


Biar seketika, kmudian angkat perlahan-lahan dengan menarik kulit popia dari tepi. Ulangi proses ini sehingga habis.


Kulit popia ni boleh letak bertindan kerana ia tidak melekat.

Bahan Sos Popia:
12@14 cili kering, buang biji, rebus dan toskn kemudian di kisar dgn 1 cawan air (kisar halus)
1 biji bwng besar
5 ulas bwng putih
2-3 sudu gula perang
1 sudu gula pasir
1 sudu kicap manis
Minyak utk menumis

Cara-Cara Buat Sos:
Kisar bawang besar dan bawang putih sehingga halus. Kemudian panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi. Masukkn cili dan masak hingga pecah minyak. Masukkan gula perang, gula pasir dan juga kicap manis. Masak hingga pekat menggunakan api perlahan. Tambah garam secukupnya.


Bahan-Bahan Inti Popiah:
Sengkuang ( jika suka hiris nipis @ memanjng)
Taugeh- bersihkan
1/2 biji kubis - racik halus
1 batang lobak- hiris memanjng
Segenggam udang. Buang kepala dan ekor- potong kecil
1/2 labu bawang besar cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
Udang kering (tumbuk halus)
Garam dan minyak untuk menumis

Cara-Cara Sediakan Inti:
Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali, tumis udang, bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Guna api sederhana. Masukkn kobis dan lobak. Kacau hingga layu.
Masukkn taugeh, sengkuang, udang kering dan garam. Kacau sebati dan rasa garamnya. ( masak sekejap)

Bahan tabur:
Kacang tanah di sangai, buang kulit dan tumbuk
Udang geragau kering, di sangai dn tumbuk halus.
Bawang goreng

Sediakan kulit popia dan sapukn sos sedikit, dan masukkan inti..gulung kemas..buat sampai habis. Curahkn sos di atas popia tadi kemudian tabur dengan bahan tabur tadi.

Monday 3 April 2017

KUIH BADAK BERENDAM

Sumber:google

Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin kongsikan resepi kuih badak berendam. kuih ini sangat sedap dimakan terutamanya ketika musim panas sebegini.cara membuatnya pula tidaklah rumit. Jom kita lihat bahan-bahan serta cara untuk membuat kuih yang mudah tetapi enak ini.


Maaf ye sebab gambar di atas..tidak berapa menarik..huhu..



BAHAN UNTUK INTI:
1 biji kelapa parut
2 sudu besar gula pasir
2 cawan gula merah
1/2 sudu kecik garam
1/2 sudu besar tepung gandum(bancuh dengan sedikit air)
2 cawan air
2 helai daun pandan diikat simpul

-masak semua bahan-bahan hingga gula menjadi sekata..
-jangan terlalu kering.selepas itu sejukkan bahan tersebut.


BAHAN UNTUK DADIH:
2 cawan santan pekat
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan ikat simpul

-campurkan kesemua bahan tersebut dan kacau sehingga tiada tepung yang bergentel. Kemudian barulah kita panaskan diatas dapur.
-masak sehingga doh menjadi pekat diatas api sederhana.
-kena sentiasa kacau agar dadih tidak berketul-ketul kemudian ketepikan ia.


BAHAN UNTUK DOH:
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan jus pandan
Air secukupnya
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau
-bancuh kesemua bahan hingga boleh membentuk doh. Kemudian didihkan air didalam periuk kecil
-bulatkan doh dan masukkan inti kemudian rebuskan didalam air yang telah mendidih tadi.
-biarkan sehingga doh timbul keatas.Kemudian  angkat dan toskan ia.
-apabila semua doh sudah selesai direbus,kita boleh hidangkan ia bersama dadih tadi..
..selamat mencuba

Sunday 2 April 2017

KENAPA PEREMPUAN DAPAT SEDIKIT SAJA HARTA?

sumber:google

Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya..iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain.

Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.

Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki...bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya..

Apabila agama itu diambil separuh separuh,yang memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.

 sumber:google

Mari kita berfikir akan kisah benar yang berlaku pada seorang balu yang kematian suami.

1. Semasa hidup simati orang susah, adik beradik tak pernah menjenguk, apatah lagi nak hulur belanja unutk anak buah walaupon semuanya kerja baik-baik.

2. Berkat rezeki anak-anak, si mati dapat membeli sebidang tanah dan membeli sebuah rumah teres.Tidak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah untuk tujuan berkebun tetapi tidak kesampaian (meninggal dulu)

3. Simpanan si mati ada dalam 10ribu didalam bank serta sebuah rumah dan sebidang tanah.

sumber:google

4. Simati selalu berpesan kepada isterinya, jikalau dia tiada, isteri dan anak-anak tidaklah terlalu susah kerana sudah ada tempat bergantung, ada sedikit duit dan ada tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati untuk si isteri dan anak-anaknya.

5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.

6. Sejurus selepas simati dikebumikan, adik beradik si mati termasuk ibu si mati telah mengajak si isteri berbincang mengenai peninggala harta si mati kononnya si mati akan terseksa didalam kubur jikalau tak diselesaikan secepat mungkin.

sumber:google

7. Si mati tiada anak lelaki, jadi harta-harta si mati akan diberikan kepada adik beradiknya mengikut hukum faraid.

8. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik bertandang kerumah, siap buat lakaran dalam kertas mengikut hukum faraid, bahagian untuk isteri, anak-anak, ibu si mati dan adik beradik si mati.

8. Hukum faraid bahagian isteri dapat paling sedikit, merek lansung tidak peduli tentang perasan si balu yang masih bersedih, dihamburkan pula nas-nas serta dalil-dalil bab pembahagian faraid.

9. Paling memilukan,dinilaikan sekali rumah yang diduduki oleh si balu degan anak-anak mengikut nilai pasaran. Kemudian mereka memberi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris-waris yang berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu, atau keluar darr rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan menikut hukum faraid.

10. Nak cari mana 150k? nak tak nak mereka terpksa keluar dari rumah tersebut kerana rumah itu sudah dijual, dapatlah bahagian si balu dan anak-anak dengan jumlah yang si balu dapat dan anak-anak si mati dapat mustahil mereka mamapu untuk memiliki rumah yang baru.

 sumber:google

Bermulalah episod merempat si anak-anak yatim, berpindah randah, menyewa disana sini, jangankan si balu, si anak pula terpaksa bekerja selepas pulang dari sekolah untuk menyara diri sendiri, duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual si waris. 

Harapan si mati untuk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali. Waris-waris semua lesap entah ke mana setelah  mendapat bahagian masing-masing.

Walaupun berhak pada harta si mati tetapi kita perlu lihat pula tanggungjawab yang harus dipikul.Jangan di ambil agama itu separuh separuh untuk kepentingan sendiri. Iya.. tak berdosa mengambil harta yang sememangnya hak kita mengikut hukum, tetapi berdosa besar jika kita gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pada anak-anak si mati tempat tinggal,pakaian serta makan dan minum mereka.



sumber:google

Jika kita termasuk dalam golongan sebegitu sebelum ni maka berubahlah dan semoga dijauhkan keturunan kita adik-adik kita suami,serta anak-anak kita dari bersifat kejam sebegini.Ambil pengajaran saudara saudari.

Sekali lagi saya ingatkan apa yang diajar oleh agama, bila simati meninggalkan anak-anak yang belum baligh, wajib bagi walinya mengikut turutan wali sebelah simati menyediakan nafkah untuk anak si mati. Kalau tidak diambil peduli, menanggunglah diakhirat kelak.

Hukum faraid itu sangat adil dan indah, diberi lebih kepada lelaki kerana lelaki adalah ketua keluarga yang wajib menanggung orang-orang dibawahnya.Kenapa apabila tiada anak lelaki,harta akan diberi juga kepada adik beradik si mati?

sumber:google


Jelas Allah memberitahu bahawa adalah menjadi tanggungjawab si wali untuk menanggung nafkah si anak yatim (lebih-lebih lagi si yatim adalah perempuan) dan semoga dengan pembahagian faraid ini ia dapat meringankan beban serta membantu si wali untuk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.

INGAT YA..! setelah mendapat pembahagian harta si mati ia bukan menjadi sebab untuk kita terus membeli rumah baru, shopping atau melancong dulu, tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim.
Wallahu'alam..

SYURGA SEORANG ISTERI (I LOVE MY HUSBAND!!)


Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami,sengaja atau tidak sengaja.

Rasulullah S.A.W telah menyebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!

Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah meminta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya.


Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.


 sumber:google

Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringinkah kita untuk mendapatkannya?

Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.

Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.

Ya Allah...

Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah. Aamiin.

Tuesday 28 March 2017

MALAM PERTAMA DI BULAN REJAB



Malam Pertama di Bulan Rejab
Malam ini merupakan salah satu malam yang mustajab doa.

Bulan Rejab sudah pun tiba, selepas ini akan menyusul pula bulan Sya'ban dan bulan Ramadhan. Para sahabat dan salaf as-soleh terdahulu melakukan persiapan untuk bertemu Ramadan beberapa bulan sebelumnya lagi. 


Kita pula bagaimana?

Sudahkah bersedia untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia ini?

Jom perbanyakkan berdoa malam ini. Moga-moga Allah menerima permintaan kita..


 Ubati hati mu yang letih dengan istighfar dan taubat.

Tanda hati letih bila ada rasa bosan, malas, jemu, kosong, lalai dan mudah kecewa.

Hati itu sudah penat dalam mujahadah yang selalu kalah tetapi tetap tidak mengalah.

Hati yang apabila melakukan ketaatan tidak ada kenikmatan dan apabila melakukan kemaksiatan sentiasa diburu keresahan.

Bila hati letih itu petanda hati mu digamit oleh Allah untuk kembali kepada Al Quran.

Monday 27 March 2017

LEMON UNTUK MENURUNKAN SUHU BADAN/BATUK/KAHAK DAN SELSEMA

sumber:google

Cuaca sekarang sangat panas jika dibandingkan dengan dahulu. Dah lama tak hujan sehingga anak pun selalu jatuh sakit terutama sekali demam. Ibu mesti risaukan kalau anak demam? Jadi, eloklah kita cari cara tradisional untuk merawat demam anak kita.

Salah satu cara untuk menurunkan suhu badan anak adalah dengan menggunakan lemon. Ini kerana lemon membantu untuk menurunkan suhu badan yang panas dengan cepat.

Cara nak buat pun senang sahaja. Bahan-bahan yang kita perlukan hanyalah lemon dan air. Lemon boleh dihiris mahupun diperah untuk mengambil jusnya.

1. Air perahan lemon + air (Nisbah 1:1)

– Perah lemon ke dalam mangkuk dan campurkan dengan air.

– Masukkan ke dalam botol spray dan semburkan di kepala anak kita supaya sentiasa basah. Boleh juga di rendam dengan kain dan diletakkan di kepala si manja.

 sumber:google

2)Rendam sarung kaki (stokin)

Selain itu, basahkan sarung kaki anak di dalam campuran air lemon sekejap.Angkat sarung kaki, perah seidikit.Pakaikan sarung kaki kepada anak pada waktu malam.

3)HIRISAN LEMON

– hiriskan lemon dan lekatkan di tapak kaki mereka dan selotapekan lemon itu supaya tak tanggal 

– Spray kan kaki dan kepala si manja dengan air perahan lemon juga supaya kaki mereka sentiasa basah. In sya Allah cepatlah turunnya suhu yang panas tu.

4)MANDIAN LEMON

1- Penuhkan bekas mandian bayi dengan air suam

2- Potong 1-3 biji lemon dan letakkan di dalam air

3- Biarkan lemon terendam di dalam air selama 2 minit

4- Siap boleh mandikan bayi anda

 sumber:google

4 PETUA SIHAT DALAMAN WANITA .

sumber:google


1. Rebusan Serai dan Halia
- Ambik 3 batang serai
- 4cm halia  atau 2 ketul
Diketuk kedua bahan di atas.
Direbus dgn 3 gelas air dijadikan sehingga 1gelas air . Tunggu suam diminum.
** Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 / 3 kali.
Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh2 badan. kolestrol tinggi dan sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan di siang hari.

2. Rebusan Sireh
- Ambik daun sireh 3 ke 5 helai.
Di rebuskan dengan 3 gelas air dan jadikan 1 gelas. Tunggu suam dan di minum.
**Tambahan : boleh dicampurkan dengan bunga cengkih 3 kuntum.
Untuk menghilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan.
**Rebusan ini seeloknya di amalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.

3 . Rebusan sireh dan daun Inai
- 3 ke 5 helai daun sireh.
- segenggam daun Inai.
Direbus dgn 3 gelas air dan jadikan sehingga 1 gelas air. Minum bila sudah suam.
**Rebusan ini sesuai paling sesuai digunakan bagi perempuan yang mengalami keputihan dan lendiran yang banyak. Juga berbau.Elok di amalkan selepas haid.


                                                        sumber:google
   
4. Rebusan Halia Serai cengkih dan kunyit
- 2 / 3 batang serai di ketuk
- 3cm halia (tua/muda).di ketuk
- 2cm kunyit di ketuk
- sedikit kulit kayu manis / bunga
cengkih /bunga lawang
- daun pandan sehelai
- sedikit gula batu.

*** gula batu boleh di ganti dgn
madu jika suka.
****Rebusan ini seeloknya di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid.

Cukup sebulan sekali sahaja,Bagi mewangikan kewanitaan anda dan menyegarkan badan.
Segala resepi dan ramuan di atas , anda boleh amalkan mengikut kepada keperluan dan kesesuaian badan anda.


Saya tidak syorkan untuk diambil setiap hari. Sila aturkan mengikut keperluan badan sendiri.


Ini adalah amalan untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf. Membuang toksik dan lemak . Dan tersangat banyak khasiat.

Thursday 23 March 2017

SOTONG SUMBAT MASAK BEREMPAH

sumber:resepisedap

Buat penggemar-penggemar sotong sekalian...

Sotong sumbat masak berempah

Bahan-bahan sotong sumbat :
 
1. Tumis bawang besar 1 biji dan bawang putih 2 ulas sampai layu.

2. Masuk isi udang di potong nipis. Kacau sebati


3 Masuk garam dan daun sup dan cili potong


4. Pecah telur 2 biji. Biar keras.


5. hancurkan telur (jangan terlalu lumat) Tutup api.


6. Sumbat dlm sotong.


Resepi sos sotong masak berempah:

1. Tumis 1 ulas bawang besar, 2 ulas bawang putih, 1 batang serai diketuk dan 3 tangkai daun kari sampai layu.

2. Masukkan bahan blender - 1 ulas bawang besar, 1 camca besar serbuk kari daging, 2 camca serbuk kari ikan dan beberapa tangkai cabai kering. Tumis hingga naik minyak

3. Masukkan 3 sudu besar sos tiram, 2 sudu kicap manis dan 2 camca madu dan 1 keping asam gelugor. Masak hingga pekat.

4. Masukkan sotong sumbat.

5. Masuk garam.

6. Tunggu hingga sotong masak


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...