Thursday 11 May 2017

RESEPI AGAR-AGAR KERING


Bahan-bahan:
60 gm agar-agar bertali
1300 ml air
150 gm gula batu - diketuk halus
1200 gm gula pasir
Pewarna makanan (merah, oren, purple dan kuning)


Cara-cara:
Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. 


Tapis dan buang airnya.

Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. 

Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur.

Masukkan gula batu dan gula. Kacau rata. masak sehingga gula batu hancur.

Angkat dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan.

Sejukkan dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. 

Anda boleh gunakan acuan untuk mendapatkan bentuk bentuk yang menarik.

Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula

Balik-balikkan sentiasa supaya ia kering sekata.

Nota:
Anda boleh ketuk dahulu gula batu bagi ia menjadi ketulan kecil supaya ia cepat hancur baru masukkan dalam periuk.

RESEPI RENDANG AYAM PEDAS CILI PADI


Bahan-bahan:
8 ketul ayam
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang besar*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit*
3 batang serai*
20 biji cili padi* 

(kisar bahan bertanda *)
1/2 sudu ketumbar (disangai dan tumbuk)
1/2 sudu jintan manis (disangai dan tumbuk)
Santan dari sebiji kelapa
Daun kunyit (hiris halus)
1 sudu kecil kerisik
Gula melaka
Garam
Air asam jawa


Cara-cara Memasak:
1. Kisar semua bahan yang bertanda *.

2. Tumis bahan kisar hingga naik baunya. Masukkan ketumbar dan jintan. Kacau sebati.


3. masukkan santan, daun kunyit dan ayam.


4. Setelah separuh kering, masukkan kerisik. Perasakan dgn garam, gula dan asam jawa.


5. Tunggu hingga kuah kering dan bolehlah dihidangkan.

RESEPI AYAM MASAK KUZI.


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam 1.5kg – 1.8kg  dipotong 12 bahagian.
Sedikit saffron.
1 sudu besar pes halia bawang putih.
600gm bawang merah kecil dihiris halus dan digoreng garing..
1 tin susu sejat.
1/4 cawan buah badam direbus, dibuang kulit.
1/4 cawan biji janggus dihiris panjang, digoreng dgn minyak sapi
60 gm kismis hitam.
50gm biji janggus, digoreng dengan minyak sapi.
2 sudu besar minyak sapi.
1 biji bawang besar di hiris halus.
1 cawan air atau seperti kepekatan kuah yang anda kehendaki
garam dan gula secukup rasa.


Penyediaan Rempah Kuzi:
1 sudu besar biji ketumbar.
1 sudu kecil biji jintan manis.
1 sudu kecil jintan putih.
1/2 sudu kecil biji lada putih.
1/2 sudu halia kering.
1/4 sudu kecil kayu manis.
1/2 sudu serbuk kunyit.


Cara-cara penyediaan rempah kuzi:
1. Sangai ketumbar, jintan manis, jintan putih, lada putih, cincang dulu halia kering, dan tumbuk kayu manis. Kisar halus kesemua rempah-rempah ini dan gaulkan dengan serbuk kunyit.


CARA MEMASAK:
1. Larutkan saffron dalam satu sudu kecil air. Lumurkan saffron pada seluruh ketulan ayam dan peramkan 1 sudu pes halia bawang putih dan sedikit garam.


2. Kisaran rempah bersama bawang goreng dimasukkan dalam bekas susu sejat.


3. Masukkan minyak sapi dalam kuali dengan sedikit minyak masak, bila panas gorengkan ketulan ayam sehingga permukaan ayam garing sedikit selama 15 minit. Angkat ketulan ayam.


4. Goreng bawang dalam minyak gorengan ayam tadi. Bila bawang goreng mula bertukar warna kepada kuning keemasan masukan susu yang telah adunkan bawang dan juga rempah. Masukan pes buah badam yang telah dikisar. Tambah garam dan gula secukup.


5. Masukkan ketulan ayam, buah kismis dan masak sehingga kuahnya pekat. Sekiranya kuah terpekat anda boleh tambahkan air untuk cairkan sedikit. Hidangkan dengan ditabur buah janggus. Selamat mencuba. Dalam resepi ada juga tumbuk bawang goreng halus dan masukkan 1 botol sos tomato sebotol. Selamat mencuba.

RESEPI AYAM MASAK BALI


Bahan bahan Ayam Masak Bali:
1 ekor Ayam
6 ulas bawang merah
Kicap pekat
1 tangkai daun kari
3 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam dan gula
1 batang serai diketuk)


Bahan A
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu serbuk kunyit
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan kasar
Cili kering
2 batang serai


Cara-cara memasak Ayam Masak Bali:
Kisar bahan A, gaul bersama kunyit dan kicap pekat. Perap ayam bersama bahan tersebut.

Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap.


Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi.


Masukkan daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.


Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.


Ayam Masak Bali Siap untuk dihidangkan.

RESEPI AYAM LEMON CHINESE STYLE



Bahan-bahan:
2 dada ayam-bersihkan dan keringkan


Bahan perap:
3 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh minyak bijan
sedikit black pepper
1 biji telur


Bahan Salut:
5 sudu besar tepung
5 sudu besar breadcrumbs 


Bahan sos:
1 sudu besar sos plum
3 1/2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar cuka
4 sudu besar gula
2 sudu teh tepung jagung
Minyak secukupnya


Cara-cara Memasak:
01. Perap ayam dengan bahan perap selama 2 jam atau semalaman.

02. Salut dengan bahan salut dan goreng hingga garing dan kekuningan.
03. Potongkan ayam dan letak atas pinggan hidangan.
04. Campur semua bahan sos, didihkan hingga pekat.
05. Curah atas ayam tadi dan hidangkan.

RESEPI BISKUT DAHLIA


Bahan-Bahan :
1 buku butter/mentega
3/4 @ 1 cawan gula halus/gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 cawan tepung ubi
2 cawan tepung kastard
2 cawan tepung gandum
(semua tepung di ayak)


Cara-caranya :
- pukul butter/mentega dan gula hingga kembang
- masukkan kuning telur dan esen vanila - gaul sebati
- masukkan tepung ubi,tepung kastard dan tepung gandum
- uli hingga menjadi doh - kalau doh lembut,tambahkan sedikit tepung gandum.
- kemudian paipkan dengan acuan samperit @ biskut dahlia
- hiaskan dgn ceri @ manik @ ikut suka..
- bakar 20 minit atau lebih dgn suhu 180 darjah @ bergantung pd oven masing-masing.

RESEPI CORNFLAKES MADU


Bahan-bahan:
1 cawan gula
10 sudu besar madu
1 buku mentega (250g)
1 kotak cornflakes


Cara Membuatnya:
Dengan api perlahan, masukkan mentega, dan gula.Kemudian Sebatikan kesemua campuran tersebut  sehingga cair kemudian tutup api. 


Masukkan madu dan kacau.Apabila  adunan itu telah sejuk sedikit, (jangan sampai adunan keras) kemudian masukkan cornflakes.


Kacau lagi hingga sebati kemudian sudukan dan masukkan ke dalam acuan paper cup yang comel pilihan sendiri. 


Selepas itu silalah masukkan ke dalam oven dan bakar selama 10-15 minit. 


Tips:
Untuk kelihatan cantik, sebelum bakar kita  boleh hiaskan dengan ceri atau almond(badam) mengikut cita rasa. 


Sila guna cornflakes berjenama Kellogg's untuk hasil yang lebih baik.Ini kerana cornflakes jenama
Kellogg's  lebih rangup dan lebar. 

RESEPI BISKUT KACANG MAZOLA



Bahan-bahan: ( 1 balang )
200gm tepung gandum
200gm kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar halus)
100 gm gula (kisar halus)
1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya
Kuning telur


Cara-cara Membuatnya:
Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dan kacang kisar.
Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.


Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser/sapu dgn mentega.


Sapukan diatasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.

Monday 8 May 2017

JIKA TIADA LAGI ESOK BAGIMU,APAKAH FIKIRMU?

Sumber:google

cuba kau fikir
jika hari ini merupakan hari terakhirmu
jika tiada lagi esok dan lusa bagimu selepas ini
jika selepas ini segala-galanya akan tiada lagi bagimu
jika selepas ini kau bakal ditanam di pusara

adakah cukup dirasa amalan selama hidup ini?
adakah cukup segala perbuatan untuk menolong?
adakah cukup segala wang yang dicari untuk menolong?
adakah cukup gelak ketawa rakan untuk menenangkan kau di dalam kubur?

jika dirasa segala jawapan bagi persoalan di atas adalah tidak
jika dirasa segala amal di dunia masih tidak cukup

hentikanlah membuang masa
hentikanlah gelak ketawa tanpa henti
hentikanlah membuat lawak bodoh yang jijik
hentikanlah perbuatan sia-sia
hentikanlah usaha mencari nama dunia mendapat pingat

berubahlah sekarang
bertaubatlah sekarang
baikilah diri sebelum matahari tidak lagi terbit untukmu

kerana sesungguhnya
tiada siapa yang dapat membantu anda di alam lain nanti
melainkan tiga perkara itu
dengan syarat tiga perkara itu baik
tetapi cukupkah itu?

anda fikirlah
Allah kurniakan akal bukan?

semoga usaha kita mendapat keberkatan Allah
semoga dosa lama diampunkan
amin

Assalamualaikum...


 Sumber:google

Thursday 4 May 2017

RESEPI LEPAT JAGUNG MANIS


Lepat jagung manis...

Lembut...

Lemak....

Semua ada...Lebih-lebih lagi jika dibalut dengan kulit jagung.Nampak sungguh cantik dan menyelerakan. Sangat sesuai untuk minum petang.

Bahan-Bahan:
 
Daun jagung dibersihkan dan disapu minyak

Jagung yang dileraikan direbus sekejap kemudian disejukan.
2 cawan tepung beras
1 cawan santan
1/2 cawan gula
3 cawan air
1 sudu garam.


Cara-Caranya:
Campurkan kesemua bahan tadi dan gaulkan hingga sebati dan tidak berketul. Masukkan jagung tadi.Masak adunani ni sehingga likat dan tutupkan api.


Masukan adunan ke dalam kulit jagung..lipat mengikut kreativiti sendiri dan kukus selama 15 hingga 20 minit.Kemudian siap untuk di hidangkan.



RESEPI SUP IKAN MERAH YANG SANGAT SEDAP!!!



Bahan-Bahan:
1 kg ikan merah
4 cawan air
minyak untuk menumis
Daun sup/daun bawang 

Bawang goreng (untuk taburan)

Bahan tumbuk:
1 sudu besar lada sulah/putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah


Bahan Tumis:
1 batang kulit kayu manis

1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 ulas bawang putih (dihiris)
2 biji bawang merah (dihiris)


Cara-Cara Memasak:
Ikan merah di siang dan dipotong 2 kemudian dicuci dan toskan.


Tumbukkan lada putih hingga lumat dan tumbuk bahan-bahan yang lain sehingga lumat.


Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan tumis.


Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau.


Masukkan air dan biarkan mendidih.


Masukkan ikan dan kacau rata.

Tambah air lagi jika perlu.


Masukkan garam dan perasakan.

Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan angkat. Letak dalam mangkuk dan taburkan bawang goreng dan daun sup/bawang. Sedia utk di hidangkan.Siap!!!!

RESEPI POPIA BASAH



Bahan-Bahan Kulit Popia:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur putih
3/4 cawan air
2 sudu mkn cuka
Secubit garam

Cara membuat kulit popia:
Masukkn semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul sebati. Boleh guna tangan atau sudu. Jika adunan nampak pekat, boleh tmbahkan air sedikit.


Tutup dan perap 30 minit.


Selepas 1/2 jam, panaskn kuali leper atau kuali non stick ambil sejemput adunan dan lengserkn di atas kuali nipis-nipis.


Biar seketika, kmudian angkat perlahan-lahan dengan menarik kulit popia dari tepi. Ulangi proses ini sehingga habis.


Kulit popia ni boleh letak bertindan kerana ia tidak melekat.

Bahan Sos Popia:
12@14 cili kering, buang biji, rebus dan toskn kemudian di kisar dgn 1 cawan air (kisar halus)
1 biji bwng besar
5 ulas bwng putih
2-3 sudu gula perang
1 sudu gula pasir
1 sudu kicap manis
Minyak utk menumis

Cara-Cara Buat Sos:
Kisar bawang besar dan bawang putih sehingga halus. Kemudian panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi. Masukkn cili dan masak hingga pecah minyak. Masukkan gula perang, gula pasir dan juga kicap manis. Masak hingga pekat menggunakan api perlahan. Tambah garam secukupnya.


Bahan-Bahan Inti Popiah:
Sengkuang ( jika suka hiris nipis @ memanjng)
Taugeh- bersihkan
1/2 biji kubis - racik halus
1 batang lobak- hiris memanjng
Segenggam udang. Buang kepala dan ekor- potong kecil
1/2 labu bawang besar cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
Udang kering (tumbuk halus)
Garam dan minyak untuk menumis

Cara-Cara Sediakan Inti:
Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali, tumis udang, bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Guna api sederhana. Masukkn kobis dan lobak. Kacau hingga layu.
Masukkn taugeh, sengkuang, udang kering dan garam. Kacau sebati dan rasa garamnya. ( masak sekejap)

Bahan tabur:
Kacang tanah di sangai, buang kulit dan tumbuk
Udang geragau kering, di sangai dn tumbuk halus.
Bawang goreng

Sediakan kulit popia dan sapukn sos sedikit, dan masukkan inti..gulung kemas..buat sampai habis. Curahkn sos di atas popia tadi kemudian tabur dengan bahan tabur tadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...