Sunday 19 February 2017

CINTA DUNIA


Dunia...akan kelihatan semakin kecil dari jendela hati yang sudah semakin dekat dengan Allah.. 

Yang menghalang kebesaran Allah masuk ke dalam hati adalah kebesaran dunia yang sudah bertapak di dalamnya. 


"Hati yang cinta dunia tidak akan dapat merasai kebesaran Allah!"

Saturday 18 February 2017

AIS KRIM KELAPA


Assalamualaikum dan salam jumaat. Memandangkan esok cuti, jom la kita buat aiskrim yg susah nak dapat ni. Buat sendiri lagi berbaloi, cuma bila makan dgn anak2 dalam masa sehari je boleh habis sebekas.Sedap sangat.

AIS KRIM KELAPA
1 tin susu pekat manis
2 tin air kelapa ~ 2 biji kelapa pandan. Kalau tak cukup air kelapa tu boleh tambah air biasa jadikan 2 tin. Sukatan tin tu adalah sukatan tin susu pekat tadi.
Isi Kelapa Muda
4 sudu besar santan pekat
1 sudu kecil ovellete
2/3 helai daun pandan ~ di simpul


Satukan air kelapa, daun pandan dan susu pekat manis dan masak atas dapur hingga didih. Bila didih aje tutup api , masukkan santan kacau dan biarkan sejuk.Bila dah betul-betul sejuk, keluarkan daun pandan, masukkan adunan dalam mixer, letakkan isi kelapa muda dan putar sebentar.

Simpan dalam peti ais ruang beku dengan mangkuk pemutar sekali dan sejukkan 4 jam- 5jam.
Keluarkan dari peti ais, tambahkan ovellete dan putar semula hingga kembang.

Ovellete tujuannya untuk bagi aiskrim kita ringan dan gebu, kalau tak letak ovellet dia akan kasar macam kita buat aiskrim Malaysia teksturnya.Tuang dalam bekas dan simpan dalam freezer hingga aiskrim keras. Biasanya semalaman.

PETUA BUANG ANGIN DALAM BADAN


Mudah je nak buat, guna bahan-bahan kat dapur je.
.
Rebusan Serai dan Halia:
3 batang serai
4cm halia @ 2 ketul
.
Cara-cara:
Diketuk kedua bahan di atas.
Direbus dgn 3 gelas air dijadikan sehingga 1gelas air.
Tunggu suam diminum.
.
**Disyorkan minum selepas makan di siang hari.
**Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 / 3 kali.
**Ibu menyusu boleh amalkan.
.
**Rebusan ini untuk buang angin dalam badan.
**Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh2 badan, kolestrol tinggi dan sakit urat saraf.
.
Ini adalah amalan untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf, embuang toksid dan lemak.
Dan tersangat banyak khasiatnya jika diamalkan selalu.

TIPS PERUT SIHAT


Assalammualaikum...

Dah minum air suam 1/2 liter selepas bangun tidur tadi? Lupa? Oops, cepat! Buang semua toksik hasil tidur malam tadi. Ini pun petua sihat yang paling basic tau.


Ok, pagi ni, saya nak kongsi satu resipi awet muda yang sangat mujarab! petua Ini diajar oleh bidan yang mengurut saya. Jujurnya, bidan ni memang nampak sangat muda, walaupun usianya dah lebih 50 tahun. Mulanya saya agak umurnya lewat 30an atau awal 40an. Saya panggil kakak, tapi rupanya dah pangkat makcik..


Katanya, dari muda, hingga tua, dia cuma amalkan minum AIR SERAI saja untuk kesihatan badan. Jamu dan makjun pun dia buat sendiri tau, tak pernah beli pun. Makcik ni asal kelantan. Jadi saya agak resipi-resipi jamu dia mesti dari sana juga.

Berbalik pada cerita air serai tadi,.gunakan serai segar ya. Bukan yang dibotolkan untuk tujuan commercial (ada ke? Saya cuma sebut saja, mana tau kebetulan ada yang dah di commercial kan)

BAHAN-BAHAN:

1. Bersihkan 10-15 batang serai.
2. Isikan periuk dengan lebih kurang 10L air.
3. Rebus serai tadi sehingga pekat dan keluar bau wangi.

P/S:Biasanya saya rebus selama 1/2 jam.Tutup api, biarkan suam, kemudian minum.
Amalkan minum segelas pagi lepas sarapan, tengahari dan malam.


KESAN-KESANNYA:
1. Banyak kentut
2. Perut kempis
3. Kulit bertambah cerah dan sihat (nampak kemerah-merahan pun ya)
4. Badan dan peluh bau wangi (atau yang ada masalah bau badan teruk, badan akan perlahan-lahan hilang bau)
5. Lawas kencing dan buang air besar
6. Buang toksin

RESEPI BROWNIES

Sumber:google

BAHAN-BAHAN:
400 gm coklat masakan
150 gm butter/majerin
90 gm gula perang
90 gm gula kastor
4 biji telur
100 gm tepung naik sendiri/tepug gndom (1 sudu kecik baking powder)
30 gm serbuk koko
Badam hiris.


CARA MASAKAN:
1. Butter dan cokelat masak double boiler.
2. Campurkan semua adunan kecuali tepung dan koko
3. Masukkan cokelat ke dalam bahan gula tadi.
4. Ayak tepung koko dan masukkan ke dalam bekas gula itu tadi.
5. Kacau hingga sebati kemudian bakar selama 30 minit/160

Loyang perlu disapu dengan butter. Lapik dengan kertas Biar supaya ia tidak melekat.
(Lagi bgus lebih kan kerts kiri dan kanan nanti senanag nak kuarkn. Hihihih..)

Tuesday 14 February 2017

SPAGHETTI AGLIO OLIO


RESEPI UNTUK 2 ORANG:

BAHAN-BAHAN:
Spaghetti 2 ikat
Bwg putih 3 ulas *cincang halus
Lada benggala 1 biji *potong kecil
Brokoli 1 biji *potong kecil
Daun parsley 2 sudu
Chilli flakes 2 sudu
Minyak zaitun 2 sudu
Stok ayam 1 kiub
Garam
Gula
Udang 10 ekor *grg dgn tepung yg ada jual di pasaraya & asingkan
Daun bawang *hiasan

CARA MEMASAK:
1.Spaghetti rebus letak garam&minyak sedikit. Dah masak,angkat&toskan.
2.Panaskan kuali. Letak minyak zaitun.
3.Tumis bwg putih sampai naik bau dgn api yg sederhana.
4.Masukkan lada Benggala & brokoli. Then masukkan stok ayam.
5.Bila nampak sayur dah layu skit bru masukkan spaghetti.
6.Masukkan chilli flakes&daun parsley.
Imbangkan rasa dgn letak garam&gula.
7.Dah masak,hiaskan udang dgn daun bawang.
Sedia utk dihidang.

Thursday 9 February 2017

NASI KERABU

Sumber:google
 
Kerabu Kelantan Biru Original Paling Simple! Tapi sedap!! Ramai orang ingat susah nak buat nasi kerabu ni, tapi sebenarnya semang je.
Nasi Kerabu terdiri daripada beras, campuran herba & sayur-sayuran (ulam), sambal ikan kerisi dan sambal kelapa. Beras warna biru hasil daripada memasak dalam bunga telang.
Beberapa orang mengatakan bunga telang mempunyai beberapa manfaat kesihatan tetapi ia tidak terbukti secara saintifik. Jomlah cuba memasak resepi nasi kerabu kelantan yang menyelerakan ini.

Bahan-Bahan:

Nasi Biru:
1 cawan nasi
8 bunga telang (saya tak jumpa bunga ni, jadi saya tukar kpd pewarna natural)
2 daun limau purut
1 serai

Sambal Ikan Kerisi:
1 Mackerel, keluarkan dagingnya
80 gram kelapa parut
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
4 bawang merah
1 cm halia, dikupas
1/4 sudu kecil serbuk lada putih

Sambal kelapa:
3 biji cili kering, direndam dengan air panas untuk melembutkan
4 bawang merah, dikupas
300 ml santan
1 keping Asam Gelugur
1 batang serai
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil sos ikan bilis

 Bunga Telang

Cara memasak nasi biru:
resepi nasi kerabu kelantan biru original simple 02
1. Cuci beras lalu longkang.
2. Rendam beras dengan air bunga telang selama 10 minit.
3. Masukkan daun limau purut dan serai, lalu masak beras seperti biasa.

Cara memasak sambal ikan kerisi:
Goreng kering kelapa parut di dalam kuali hingga kekuningan
Tumbuk halia dan bawang merah di dalam alu.
Masukkan kelapa parut dan bahan-bahan lainnya, tumbuk hingga gaul dengan baik. Jika anda tidak mempunyai alu dan mortar, gunakan pengisar atau blender.

Cara memasak sambal kelapa:
1. Campur cili kering dan bawang merah ke dalam pengisar.
2. Masukkan santan ke dalam periuk lalu tambahkan campuran cili kering dan bawang merah, asam gelugur, dan serai.
3. Reneh perlahan-lahan, kacau senantiasa selama 10 minit sehinga memisahkan minyak.
4. Tambah gula, garam, dan sos ikan bilis
Hidangkan nasi biru, sambal kelapa, dan sambal ikan kerisi bersama ulam, keropok, telur masin, ikan goreng tepung, daging bakar dan ayam goreng. Nasi kerabu kelantan yang menyelerakan siap dihidangkan.

ROTI MEXICO


BAHAN-BAHAN:
250 gram Tepung Roti / High Protein
30gram Butter
30gram Gula Kastor
1 sudu kecik Yis kering
1/2 sudu kecik Bread Improver
1 sudu kecik Tepung Susu atau Susu Pekat
1/2 sudu kecik Garam Halus
1 biji Kuning Telur Gred B
135gram Air
Uli smpai elastik.Timbang 45gm


FILLING:
100gm butter
1/2 sdt esen vanilla
35gm gula perang
Pukul kesemuanya hingga kembang dan disimpan didalam peti sejuk..sementara nk siapkan toppingnya

TOPPING:
100gm butter
80gm gula ising
1biji telur gred A
3/4sb nescafe di bancuh dgn 2 sudu air panas
100gm tepung gandum
25gm tepung jagung


Cara-Caranya:
- pukul butter dgn gula hingga kembang.
- masukkan telor dan bancuhan nescafe
- diikuti dengan tepong gandum dan tepong jagung.
- mix hingga sebati dan simpan dalam peti ais
- tujuan simpan dalam peti sejuk supaya adunan ni mengeras sikit..senang untuk piping...kalau cair dia akan mudah jatuh.
- sebelum digunakan kacau2 dulu dgn spatula dan di masukkan kedalam piping bag.
- roti yg telah di perap...di canai sedikit untuk dimasukkan filling..dan tutup..(macam nk buat pau laa)..kemas2 kan nya..supaya filling x terkeluar.
- letak dalam cup.
- perap kembali selama 1 jam 30min.
- setelah roti naik 2x ganda paipkan topping keatas roti tersebut seperti lingkaran bermula dari atas hingga ke bawah.
- bakar dengan suhu 160c dalam 15 - 20min.

AYAM TANDOORI

Sumber:google

Bahan-bahan:
● 2 ekor ayam – potong 4 / ikut suka, elakkan terlalu kecil
Rempah ratusnya...
● 3 biji bawang besar
● 13 ulas bawang putih
● 2 inci halia
● 2 sudu teh garam
● 1 sudu serbuk kunyit
● 1 sudu serbuk cili
● 1 sudu serbuk lada sulah
● 1 sudu serbuk jintan manis
● 1 sudu serbuk jintan putih
● 1 sudu serbuk ketumbar
● 1 sudu serbuk kulit kayu manis
● 3 biji buah pelaga
● 1 cawan susu cair
● 2 biji buah lemon
● 2 ikat daun ketumbar
● 2 ikat daun pudina
● 2 sudu marjerin
● 2 sudu sos tiram
● sedikit pewarna merah


Cara-caranya :
1. Pertama sekali buat tairu/susu masam. Perahkan ½ biji buah lemon ke dalam 1 cawan susu cair dan kacau. Sekarang anda akan melihat perubahan susu cair tadi menjadi tairu. Kalau nak gunakan plain yogurt pun boleh menggantikan tairu ini.
2. Lepas itu, masukkan kesemua bahan-bahan rempah ratus tadi ke dalam pengisar. Perahkan 1 biji buah lemon sekali ke dalam pengisar.
3. Kemudian, masukkan tairu ke dalam pengisar. Kisarkan bahan-bahan ini sehingga halus dan sebati.
4. Bila sudah selesai mengisar bahan-bahan tadi, lumurkan ke atas ayam-ayam ini. Pastikan kesemua ayam ini dilumur sehingga sebati dengan rempah ratus ini.
5. Masukkan ayam-ayam yang telah diperap dengan rempah ratus tadi ke dalam beg plastik kedap udara. Boleh juga guna bekas-bekas plastik yang kedap udara. Ini penting supaya tiada bau-bau wap asing di dalam peti ais masuk kedalam ayam yang diperap tadi. perap ayam ini selama 5 jam .
6. Akhir sekali bakar pada 170C selama 1 jam.

MEE UDANG

Sumber:google

Bahan bahan:
6 ekor udang besar (ikut suka)
6 ekor udang kecil buang kulit
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 biji tomato buah
1 biji ubi kentang - rebus
Garam, gula, serbuk perasa
sos tomato
sos cili


Bahan hiasan:
telur - rebus
sawi - celur
cili merah - hiris
bawang goreng
daun bawang - hiris
Mee - celur

Cara cara:
Blend bawang putih dan bawang merah hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing.
Sementara itu, ubi kentang direbus sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu, tomato buah hingga halus.
Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi.
Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam dan serbuk perasa.
Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong hiris jika mahu. Boleh diangkat dan hidang.
Ada juga yang masukkan fish ball sebagai bahan rencah mee udang. ikut suka masing masing.
Masukkan mee yang dicelur ke dalam pinggan dan sendukkan kuah ke dalamnya. Kemudian letakkan bahan bahan hiasan yang disukai.

BELGIUM COOKIES

Sumber:google

BAHAN-BAHAN:
250 gm butter
70 gm gula kastor
160gm gula perang
2 biji telur gred A@B
1 sudu kecil esen vanilla
550 gm tpg gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
500 gm coklat cip cth:callebaut, hershey's, dll
1 cwn almond sliced(dibakar dahulu)

CARA MEMBUATNYA:
-satukan butter, gula kastor n gula perang
-kacau guna spatula sahaja
-masukkan esen vanilla n telur
-kacau2 sebati, masukkan tpg gandum n soda bikarbonat
-last sekali masukkan coklat cip n almond sliced td gaul2 guna tangan pun blh
-susun dlm loyang.. jarak2 kan nt cookies mengembang
-bakar pada suhu 170°..selama 25@30 minit smp perang(api atas bawah)
Selamat mencuba..

SUP DAGING


BAHAN-BAHAN:
1 kilo daging lembu
6 biji kentang
3 biji tomato
1 pokok daun sup n daun bawang
3 batang celery
Garam secukup rasa Air mencukupi sehingga menutupi daging dalam periuk
*Air kena cukup sebab nak masak sampai dagingnya empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum kalau daging masih liat air perlu ditambah dan terus masak daging.


BAHAN-BAHAN TUMIS:
1 batang kayu manis - anggaran 3cm panjang
3 biji bunga cengkih
1-2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 cm halia
1 sudu besar ketumbar*
1 sudu besar jintan putih*
1 sudu kecil lada hitam*
Semua bahan-bahan bertanda * ni digoreng tanpa minyak dalam kuali sehingga terbit bau wangi kemudian dikisar halus.

CARA MEMASAK :
Semua bawang , halia dikupas kulit dan dimayang halus . Biji Ketumbar , lada hitam serta jintan putih digoreng tanpa minyak sehingga wangi dan ditumbuh halus .
Kupas semua ubi kentang dan dipotong empat , tomato juga dipotong 4 .
-Panaskan sedikit minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bawang , halia dan kacau dan biarkan sampai bawang layu kemudian boleh la dimasukkan bahan-bahan rempah tumisan . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk .
Masukkan daging tadi dan kacau dan biarkan sampai kuah mendidih .
–Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk , kemudian boleh la di masukkan semua ubi kentang serta batang celery yang dipotong kecil .
Biarkan ubi kentang empuk dan baru la dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.

KASTARD LABU



Bahan
1 biji labu sederhana besar buang biji
1 cawan susu cair
5 biji telur gred B
2 sudu mkn tepung kastard
1 st esen vanilla
Susu pekat @ gula ikut manis yg disukai

Cara
-Campur semua bahan,kacau sebati
-Tapis,masukkan kedalam labu
-Panaskn pengukus dahulu dalam 10 minit
- Kemudian kukus hingga betol² masak
-Dah siap,sejukkan & boleh la dipotong

PUDING KEK BERLAPIS


Bahan-bahan :
300 gm kek coklat lembab

Lapisan Tengah:
30 g tepung kastad
1 biji kuning telur
600 ml air
150 ml susu cair
100 g gula pasir
1 camb serbuk agar-agar
Sedikit pewarna kuning

Lapisan Atas:
30 gm tepung jagung
500 ml air
150 ml susu segar
50 g gula pasir
1 camb serbuk agar-agar
100 g coklat putih, dihiris

Cara membuatnya:
.
1. Hiris nipis kek dan alas pada dasar loyang 22 cm.
.
2. Lapisan tengah: Larutkan tepung kastad, kuning telur dan sedikit air. Tuangkan ke dalam periuk.
.
3. Masukkan baki air, susu cair, gula, serbuk agar-agar dan pewarna kuning ke dalam periuk.
.
4. Kacau campuran puding di atas api sederhana hingga mendidih dan pekat.
.
5. Angkat dan tuangkan ke atas kek tadi.
.
6. Lapisan atas: Satukan semua bahan kecuali coklat putih.
Kacau atas api perlahan hingga pekat.
.
7. Angkat dan campurkan coklat putih. Bila larut, tuangkan ke atas lapisan tengah.
.
8. Biar sejuk kemudian simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Sumber:google

 Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)


Sumber:google

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.
Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.
Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.
Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.
Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.
Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.
Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.
Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.
Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.
"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)
petikan fb wan mohd soffian

DOA SEORANG PEMUDA

Sumber:google

Kisah seorang pemuda yang selalu pergi solat di sebuah masjid. Setiap kali masuk waktu solat, dia akan ke sana untuk mengerjakan solat berjemaah. Tidak pernah ketinggalan.
Seorang sheikh tua sangat kagum melihat kerajinan pemuda itu. Berbeza dengan pemuda-pemuda lain yang lalai mengerjakan solat jemaah.

Oleh kerana pemuda ini seorang yang baik dan taat pada agama, sahabat-sahabat dan kawan-kawannya selalu meminta pemuda ini mendoakan mereka. Alhamdulillah! Doanya selalu dimakbulkan Allah Taala.

Kawan yang minta dia doakan dapat jodoh, akan berkahwin. Kawan yang minta dia doakan dapat anak, isteri kawannya akan mengandung. Begitulah seterusnya, apa sahaja yang didoakan pasti akan dimakbulkan oleh Allah.

Sampailah masa pemuda itu berkahwin dan isterinya mengandung. Ketika isterinya hampir melahirkan anak, pemuda itu berdoa agar anaknya yang bakal lahir sempurna sifat dan anggota badannya.

Namun, apa yang menyedihkan, anak pemuda tersebut cacat dan tidak sempurna. Pemuda tersebut hairan kenapa doanya sudah tidak dimakbulkan Allah Taala.

 Sumber:google

Selepas itu, doa pemuda tadi sudah tidak dimakbulkan lagi oleh Allah. Apabila pemuda ke masjid, dia perasan seorang syeikh tua di masjid sudah tidak kelihatan.

Dia bertanya kepada jemaah di sana. Mereka mengatakan syeikh tua tersebut telah meninggal dunia.
Kemudian, datang seorang lelaki berkata kepada pemuda tersebut, "Kamu tahu tak, syeikh itu selalu berdoa kepada kamu, ya Allah! Makbulkanlah segala permintaan pemuda itu. Setiap hari syeikh itu mendoakan untuk kamu."

Pemuda tersebut terkejut mendengar khabar itu. Pemuda itu rasa insaf dan dia sedar bahawa bukan doa dia yang dimakbulkan Allah, tetapi doa syeikh tadi.
Allahu Akbar!

Kisah ini sangat terkesan di jiwa saya. Kita hidup senang dan mudah di dunia ini kadang-kadang atas keikhlasan doa orang lain.

Anak-anak bahagia kerana doa ibubapanya yang tidak pernah putus.
Suami/isteri diberi kemudahan dalam urusan kerana doa pasangan mereka yang Ikhlas.
Ibubapa bahagia di alam barzakh kerana kiriman doa anak-anak yang soleh.
Pelajar berjaya atas keberkatan doa seorang guru yang tidak pernah jemu.
Sahabat/Kawan bahagia di dunia ini kerana ada doa sahabat lain yang tulus.
Dan kita semua selamat dari bencana mungkin masih ada lagi doa para ulamak di dunia ini.
Allahu Allah!
*Siapa lah kita untuk mendabik dada, berkata akulah segalanya*.

BILA USIA TELAH SAMPAI 40 TAHUN

Sumber:google

 
Bila Usia 40 Tahun, maka manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fisik, intelektual, emosi, maupun spiritualnya. Ia telah meninggalkan masa mudanya dan melangkah ke masa dewasa yang sebenar-benarnya.

Bila Usia 40 Tahun, maka hendaknya manusia memperbarui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian, semakin meneguhkan tujuan hidup, menjadikan uban sebagai peringatan dan semakin memperbanyak syukur.

Bila Usia 40 Tahun, maka meningkatnya minat seseorang terhadap agama, sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Banyak yang mulai menutup aurat dan mengikuti kajian-kajian agama. Jika ada orang yang telah mencapai usia ini, namun belum ada juga minatnya terhadap agama, maka boleh jadi pertanda yang buruk dari kesudahan umurnya di dunia.

Bila Usia 40 Tahun, maka tidak lagi banyak memikirkan "masa depan" keduniaan, mengejar karir dan kekayaan. Tetapi sudah jauh berpikir tentang nasibnya kelak di akhirat.

Bila Usia 40 Tahun, jika masih gemar melakukan dosa dan maksiat, mungkin meninggalkan shalat, berzina dll, maka akan lebih sulit baginya untuk berhenti dari kebiasaan tersebut...
Bila Usia 40 Tahun, maka perbaikilah apa-apa yang telah lewat dan manfaatkanlah dengan baik hari-hari yang tersisa dari umur yang ada, sebelum ruh sampai di tenggorokan. Ingatlah menyesal kemudian tiada guna.

Sumber:google
 
Abdullah bin Abbas radhiyallahu 'anhu berkata :
*"Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak bagus dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke Neraka"*

Imam Malik rahimahullah berkata :
*"Aku dapati para ahli ilmu di negeri kami mencari dunia dan berbaur dengan manusia hingga datang kepada mereka usia 40 tahun. Jika telah datang usia tersebut kepada mereka, mereka pun meninggalkan manusia (yaitu lebih banyak konsentrasi untuk meningkatkan ibadah dan ilmu)"* (At-Tadzkiroh hal 149).

Imam asy-Syafi’i rahimahullah tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, maka beliau menjawab :
*"Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa-sisa syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk-pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah"*

Abdullah bin Dawud rahimahullah berkata :
*"Kaum salaf, apabila diantara mereka ada yang sudah berumur 40 tahun, ia mulai melipat kasur, yakni tidak akan tidur lagi sepanjang malam, selalu melakukan shalat, bertasbih dan beristighfar. Lalu mengejar segala ketertinggalan pada usia sebelumnya dengan amal-amal di hari sesudahnya"*
(Ihya Ulumiddin IV/410).
Wahai Saudaraku, bagaimanakah dengan dirimu ?
Ustadz Najmi Umar Bakkar

 Sumber:google

MANFAATKAN MASA KITA SEMASA HIDUP

Sumber:google

Masa adalah nikmat Allah yang amat berharga yang tidak dapat dinilai harganya. Ianya lebih mahal dari emas. Semahal-mahal emas pun ianya masih boleh dibeli jika mempunyai harta dan wang. Tetapi masa! Ianya tidak dibeli atau ditukar dengan wang dan harta. Kalau ianya sudah berlalu tidak dapat diperolehi kembali.

Demikianlah Allah telah berpesan tentang masa dalam al-Quran di dalam surah al-Asr bahawa semua manusia dalam kerugian dalam aspek pengurusan masa melainkan mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Mereka yang tidak rugi ialah mereka yang sentiasa menyampaikan kebenaran iman dan berterusan berusaha menyebarkannya dengan penuh kesabaran.

Tempoh perjalanan yang panjang setiap hari ini perlu diuruskan agar ia dapat manfaat semaksima mungkin. Setakat ini, di samping tangan memandu kenderaaan, mata memerhatikan jalan, mulut dan hati dididik untuk menghalusi zikir ma’thurat pagi dan petang. Mulut dan hati berzikir memuji Allah, telinga dan minda mendengar dan menghadami kuliah-kuliah agama yang disampaikan ulama-ulamak. Sesungguhnya manfaatkanlah masa dalam kereta semasa kesesakan jalanraya untuk menyajikan halwa telinga dan minda dengan sesuatu yang bermanafaat.

Berzikir juga merintih kepada Allah tentang segalanya di kala bersendirian di dalam kenderaan.
"Ya Allah berikanlah bimbingan dan petunjuk Mu kepada hambamu yang lemah ini dan anugerahkan disiplin dan istiqamah agar dapat memanfaatkan sisa hidup ini"

 

ALLAH BERI HIDAYAH KEPADA SIAPA YANG DIA KEHENDAKI


Apabila Allah berkehendak membuka hatimu sehingga engkau menjadi makrifat kepada-Nya, janganlah engkau merasa hairan kerana sedikitnya amal ibadahmu. Sesungguhnya Allah yang membuka hatimu, kerana Dia hendak menampakkan kebesaran-Nya kepadamu.

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya makrifat itu berasal dari Allah, sedangkan amal ibadah itu engkau merasa berasal darimu. Mana yang lebih baik, sesuatu yang berasal dari Allah atau sesuatu yang datang darimu?!.

Monday 6 February 2017

SANDWICH EGG MAYO

Sumber:resepisedap

Bahan-bahan:
Roti Gardenia (buang kerak roti - tapi saya tak buang)
3-5 biji telur rebus (dikupas kulit & parut/lenyek )
Mayonis
Tomato - dipotong dadu
Timun - dipotong dadu
Serbuk lada hitam
Sebiji cili api - hiris nipis
Gula
Garam
Mentega (untuk sapuan pada roti) 


Langkah-langkah:
Parut/sagat telur rebus.Masukkan mayonis dan gaul sebati dengan telur yang diparut.
Masukkan serbuk lada hitam, gula dan garam.Masukkan tomato, timun, dan cili hiris.Gaul hingga sebati.Sapukan roti dengan butter,Sudukan inti telur rebus atas roti.Tutup dengan sekeping lagi roti.
Potong roti sandwich menjadi 4 potongan dan sedia untuk dihidangkan.

RENDANG AYAM SPECIAL

Sumber:google

Bahan-bahan:
1/ 2 ekor ayam ( dipotong-potong ) 

Bahan kisar:
15-18 tangkai cili kering
1 1/ 2 biji bawang besar
6- 7ulas bwg putih
Sebesar ibu jari halia
Sebesar ibu jari lengkuas
3 batang serai
( Kisar semua )
1 biji kelapa ( blender dgn 2 1/2 cawan air perah dan ambil santannya)
5 helai daun limau purut ( carik2 )x nak letak pun xpe
2 paket kecil kerisik
2 helai daun kunyit ( hiris )
1 keping asam keping
1 1/2 sdb gula pasir
1/ 2 sdb garam
1 sdt perasa
1 1/2 senduk minyak masak

Caran memasak:
Panaskan minyak. .tumis bahan kisar. .masukkan asam keping. .gula.. tumis hingga betul2 naik minyak. .masukkan kerisik. .daun limau purut dan santan. .bila santan dah mendidih dan mula kering ( sentiasa kacau yer jgn sampai pecah santan)..masukkan ayam.. letak garam dan perasa.. bila ayam da empuk..tabur daun kunyit..bila kuah dah pekat.. sesuaikan rasa.. tutup api.. sedia utk dihidang. .

KERIA GULA MELAKA

Sumber:resepisedap

Ramai yang suka dengan Keria ni Sekarang..Sejak Viral Ni.. hihi.. Macam Macam Versi.. ada Juga yang gunakan Cheese. Ikut Citarasa masing masing. Hari ni saya nak kongsikan Cara Buat Kuih Ni..
Senang nak makan.. Buat nya agak Rumit. Kena banyak Bersabar.. kekadang Kuih liat.. keras.. hancur masa goreng.. ubi masam.. gula x jadi.. gula melekit.. hihi.. but jgn give Up..keep try n error
ada 8 Step :

buang Kulit Ubi Keledek
Rebus
Sejatkan
Lenyek
Letak Tepung / Uli
Bulatkan/Lubangkan
Goreng
Sira denagn Gula Melaka

nak guna ubi keledek apa ? yang senang ubi putih nak guna selain putih pun tiada masalah. Cuma kandunga air dalam ubi tu lebih banyak jika nak dibandingkan  dengan keledek Putih..
:anggaran 1kg Keledek..
:guna 1 cawan tpg gandum..masa uli Tu rasa tau . agak agak boleh bulat.. cantik je.. x yah tambah tepung..
:Tepung Ubi.. atau Beras 2 sudu Besar..
:sikit baking powder.. nak guna boleh x nak guna tak pe
: garam kasar ( garam ni nak guna masa rebus ubi.. so asa rasa.. lemak laa..bila makan nnti ..hihi
:minyak masak
😎😎 Ubi yg korang dah rebus.. sejukkan jap.. then lenyek.. masuk tepung.. bentukkan macam bola pingpong.. then celup jari kelingking ngan tepung.. cucuk tgh.. Susah ??. pakai straw.. .. x de straw ??. guna chop stik.. hihi.. Chop stick tak de ?? ermmm gunalah apa apa.. pencil sekolah anak pon ok..huhu..
😎😎 then Gorenggg.. minyak kena banyak.. baru masak cantik.. jgn kacau naa..nnti hancur..dah masak sikit dia akan terapung naik.. waktu tu balik balik kan..dah agak kuning sikit macam dalam gambar.. kecikkan api.. balik balik kan sampai laa golden brown.. baru lah kuar kan.




 Bahan sira:
 ●gula melaka :guna separuh je.. hiris kan.. biar senang cair ( x yah cari kat melaka. kat kedai banyak jual..hihi.. terpulang nak guna yg mana.. gula kabung pon ok. )
● gula pasir 3 sudu besar
● air 2 sudu besar
● gula batu satu sudu kecil

campurkan semua bahan bahan ni.. kat dalam kuali. dalam periuk ke. ikut lah mana yg senang. masak atas api kecik tau.. biarkan menggelegak.. terus kacau..nak wangi tambah laa daun pandan.
macam mana nak tahu gula pekat ? bila u all nampak buih makin kecik .. pastu bila kacau kat tepi tu gula cepat kering.. Means dah Pekat..

boleh masukkan keria.. anggara gula ni.. untuk 20 biji Keria tau.. jgn masukkan banyak pulak.. nnti x salut semua keria.. hehe..bila semua dah salut.. boleh padan api.. then kuarkan kat dulang.. Biar sejuk.. dapatlaa kuih cantik berkilat..
atau..bila gula dah pkat..masuk kan kuih.. kacau sebati.. padam kan api.. terus kacau.. kacau.. nnti gula akan kering.. Cantikkk je lekat kat kuih..
Cubalaaaa..

HATI LEMBU MASAK KICAP BEREMPAH

Sumber:resepisedap

Bahan-Bahan:
500gm hati lembu (dipotong nipis-nipis)
sedikit kicap
sedikit air asam jawa
sedikit gula
sedikit minyak
garam secukup rasa
1 biji bawang besar (optional) – dihiris bulat
1/2 capsicum merah (optional) – dihiris memanjang
1/2 capsicum hijau (optional) – dihiris memanjang
.
Bahan Rempah – (dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes)
.
2-3 sudu besar cili giling
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
1/2 sudu besar serbuk jintan manis

Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
.
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan bahan rempah dan masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan hati, kicap dan air asam jawa. Biarkan mendidih.
4. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa. Masak hingga kuahnya agak pekat.
5. Akhir sekali masukkan bawang, capsicum merah dan capsicum hijau.

PAU PUTIH GEBU

Sumber:google

Gunakan Tepung Pau untuk hasil terbaik
Kalau nak guna tepung gandum pun boleh tetapi pasti kan yang berkualiti.. nak hasil yang cantik mestilah kena modal yang lebih sikit..hehe...

Bahan-bahan: 
-Tepung Pau 1Kg
-yis kering 11gm (sepeket)
-Double action baking powder 2sudu
-Shortening 4sudu
-gula 2 sudu
-susu pekat 2 sudu

**Satu kan semuanya dlm satu bekas**
Gaulkan semua bahan-bahan sehingga sebati, selepas itu tuangkan 1 cawan air yang dimasukan 1 sudu cuka sedikit demi sedikit sambil uli.

Cara uli ialah dengan buat macam basuh basuh baju guna tangan, gonyoh-gonyoh guna 2 belah tangan.hingga rasa doh menjadi lembut..selepas tu rehatkan doh selama 15minit.

Kemudian bulatkan doh ikut size yang kita kehendaki, saya timbang setiap doh 45gm..
Buat sampai habis, lepas tu baru letak inti, inti terpulang mengikut citarasa masing-masing.
selepas inti diletakkan, bentukkan ia agar cantik dan kemas. Rehatkan ia dlm masa 5minit.. supaya Naik ..Panaskan periuk pengukus dan tunggu hingga air mendidih. Susun Pau dan kukus ia selama15minit. Pastikan tutup tudung periuk pengukus dengan kain..supaya air wap tidak menitik, jika wap air terkena Pau,ia akan menjadi mengerutu dan hasilnya ia tidak licin dan tidak cantik.

AYAM MASAK PAPRIK ALA THAI

Sumber:resepisedap

Bahan-bahan :
2 keping dada ayam - hiris nipis
4 biji cili padi - diketuk
2 sudu makan cili kering kisar
2 helai daun limau purut
2 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji cili merah - dihiris serong
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1/2 inci halia - hiris halus
1/2 labu bawang besar - hiris memanjang
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit kicap manis


Bahan Sayuran
2 biji putik jagung - dihiris
2 tangkai kacang polong - dihiris pendek
bunga kobis - dipotong kecil
1/2 biji karot - dihiris memanjang


Cara Memasak Ayam Masak Paprik :
#1: panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. selepas tu toskan dan ketepikan.
#2: sisakan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum. kemudian masukan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.
#3: masukan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata. masukan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.
#4: masukan serai, air, dan daun limau purut. masukan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata. kemudian masukan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. selepas tu masak sampai sayur tadi agak empuk.
#5: Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas Mmmmm Sedaappp
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...