Tuesday 28 March 2017

MALAM PERTAMA DI BULAN REJAB



Malam Pertama di Bulan Rejab
Malam ini merupakan salah satu malam yang mustajab doa.

Bulan Rejab sudah pun tiba, selepas ini akan menyusul pula bulan Sya'ban dan bulan Ramadhan. Para sahabat dan salaf as-soleh terdahulu melakukan persiapan untuk bertemu Ramadan beberapa bulan sebelumnya lagi. 


Kita pula bagaimana?

Sudahkah bersedia untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia ini?

Jom perbanyakkan berdoa malam ini. Moga-moga Allah menerima permintaan kita..


 Ubati hati mu yang letih dengan istighfar dan taubat.

Tanda hati letih bila ada rasa bosan, malas, jemu, kosong, lalai dan mudah kecewa.

Hati itu sudah penat dalam mujahadah yang selalu kalah tetapi tetap tidak mengalah.

Hati yang apabila melakukan ketaatan tidak ada kenikmatan dan apabila melakukan kemaksiatan sentiasa diburu keresahan.

Bila hati letih itu petanda hati mu digamit oleh Allah untuk kembali kepada Al Quran.

Monday 27 March 2017

LEMON UNTUK MENURUNKAN SUHU BADAN/BATUK/KAHAK DAN SELSEMA

sumber:google

Cuaca sekarang sangat panas jika dibandingkan dengan dahulu. Dah lama tak hujan sehingga anak pun selalu jatuh sakit terutama sekali demam. Ibu mesti risaukan kalau anak demam? Jadi, eloklah kita cari cara tradisional untuk merawat demam anak kita.

Salah satu cara untuk menurunkan suhu badan anak adalah dengan menggunakan lemon. Ini kerana lemon membantu untuk menurunkan suhu badan yang panas dengan cepat.

Cara nak buat pun senang sahaja. Bahan-bahan yang kita perlukan hanyalah lemon dan air. Lemon boleh dihiris mahupun diperah untuk mengambil jusnya.

1. Air perahan lemon + air (Nisbah 1:1)

– Perah lemon ke dalam mangkuk dan campurkan dengan air.

– Masukkan ke dalam botol spray dan semburkan di kepala anak kita supaya sentiasa basah. Boleh juga di rendam dengan kain dan diletakkan di kepala si manja.

 sumber:google

2)Rendam sarung kaki (stokin)

Selain itu, basahkan sarung kaki anak di dalam campuran air lemon sekejap.Angkat sarung kaki, perah seidikit.Pakaikan sarung kaki kepada anak pada waktu malam.

3)HIRISAN LEMON

– hiriskan lemon dan lekatkan di tapak kaki mereka dan selotapekan lemon itu supaya tak tanggal 

– Spray kan kaki dan kepala si manja dengan air perahan lemon juga supaya kaki mereka sentiasa basah. In sya Allah cepatlah turunnya suhu yang panas tu.

4)MANDIAN LEMON

1- Penuhkan bekas mandian bayi dengan air suam

2- Potong 1-3 biji lemon dan letakkan di dalam air

3- Biarkan lemon terendam di dalam air selama 2 minit

4- Siap boleh mandikan bayi anda

 sumber:google

4 PETUA SIHAT DALAMAN WANITA .

sumber:google


1. Rebusan Serai dan Halia
- Ambik 3 batang serai
- 4cm halia  atau 2 ketul
Diketuk kedua bahan di atas.
Direbus dgn 3 gelas air dijadikan sehingga 1gelas air . Tunggu suam diminum.
** Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 / 3 kali.
Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh2 badan. kolestrol tinggi dan sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan di siang hari.

2. Rebusan Sireh
- Ambik daun sireh 3 ke 5 helai.
Di rebuskan dengan 3 gelas air dan jadikan 1 gelas. Tunggu suam dan di minum.
**Tambahan : boleh dicampurkan dengan bunga cengkih 3 kuntum.
Untuk menghilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan.
**Rebusan ini seeloknya di amalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.

3 . Rebusan sireh dan daun Inai
- 3 ke 5 helai daun sireh.
- segenggam daun Inai.
Direbus dgn 3 gelas air dan jadikan sehingga 1 gelas air. Minum bila sudah suam.
**Rebusan ini sesuai paling sesuai digunakan bagi perempuan yang mengalami keputihan dan lendiran yang banyak. Juga berbau.Elok di amalkan selepas haid.


                                                        sumber:google
   
4. Rebusan Halia Serai cengkih dan kunyit
- 2 / 3 batang serai di ketuk
- 3cm halia (tua/muda).di ketuk
- 2cm kunyit di ketuk
- sedikit kulit kayu manis / bunga
cengkih /bunga lawang
- daun pandan sehelai
- sedikit gula batu.

*** gula batu boleh di ganti dgn
madu jika suka.
****Rebusan ini seeloknya di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid.

Cukup sebulan sekali sahaja,Bagi mewangikan kewanitaan anda dan menyegarkan badan.
Segala resepi dan ramuan di atas , anda boleh amalkan mengikut kepada keperluan dan kesesuaian badan anda.


Saya tidak syorkan untuk diambil setiap hari. Sila aturkan mengikut keperluan badan sendiri.


Ini adalah amalan untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf. Membuang toksik dan lemak . Dan tersangat banyak khasiat.

Thursday 23 March 2017

SOTONG SUMBAT MASAK BEREMPAH

sumber:resepisedap

Buat penggemar-penggemar sotong sekalian...

Sotong sumbat masak berempah

Bahan-bahan sotong sumbat :
 
1. Tumis bawang besar 1 biji dan bawang putih 2 ulas sampai layu.

2. Masuk isi udang di potong nipis. Kacau sebati


3 Masuk garam dan daun sup dan cili potong


4. Pecah telur 2 biji. Biar keras.


5. hancurkan telur (jangan terlalu lumat) Tutup api.


6. Sumbat dlm sotong.


Resepi sos sotong masak berempah:

1. Tumis 1 ulas bawang besar, 2 ulas bawang putih, 1 batang serai diketuk dan 3 tangkai daun kari sampai layu.

2. Masukkan bahan blender - 1 ulas bawang besar, 1 camca besar serbuk kari daging, 2 camca serbuk kari ikan dan beberapa tangkai cabai kering. Tumis hingga naik minyak

3. Masukkan 3 sudu besar sos tiram, 2 sudu kicap manis dan 2 camca madu dan 1 keping asam gelugor. Masak hingga pekat.

4. Masukkan sotong sumbat.

5. Masuk garam.

6. Tunggu hingga sotong masak


TIPS PENJAGAAN BAHAGIAN PERIBADI WANITA

sumber:google

Tip Penjagaan Bahagian Peribadi Wanita

Sebagai langkah pencegahan, setiap wanita perlu menjaga kebersihan diri terutama bahagian peribadinya.

Oleh kerana bahagian peribadi wanita selalu lembap disebabkan berpeluh, bakteria juga mudah membiak dan ia boleh mendatangkan penyakit dan bau yang tidak menyenangkan. Jadi, EH! senaraikan tip penjagaan bahagian intim yang wanita patut tahu dan amalkan.

1. Elak menggunakan produk haruman seperti bedak dan pewangi pada faraj. Perlu untuk menjaga keseimbangan pH dalam faraj.

2. Cuci bahagian luar alat sulit dengan air bersih sudah memadai.

3. Gunakan waktu mandi dan membuang air untuk membersihkan alat sulit.

4. Gunakan air bersih untuk mencuci.

5. Gunakan sabun khusus jika perlu.

6. Gunakan seluar dalam yang sentiasa bersih.

7. Pakai seluar dalam yang selesa.

8. Pilih seluar dalam daripada kain kapas.

 sumber:google

9. Gunakan pantyliner atau tuala wanita nipis bagi mereka yang mempunyai masalah keputihan.

10. Potong atau cukur rambut pada bahagian peribadi untuk mengelakkan peluh berlebihan
danpembiakan bakteria.

11. Pastikan alat pencukur atau gunting itu bersih.

12. Elak menggunakan seluar dalam orang lain.

13. Sebaik-baiknya gunakan air suam untuk pencucian.

14. Sewaktu haid, gunakan tuala wanita yang sesuai.

15. Ganti tuala wanita enam kali sehari.

16. Selepas membersihkan bahagian sulit, keringkan dahulu kemudian barulah pakai seluar dalam.

17. Anda boleh gunakan air sirih (rebus beberapa helai daun sirih) untuk membersihkan alat sulit.

SAMBAL SOTONG SUMBAT TELUR

sumber:resepisedap

Resepi Sambal Sotong Sumbat Telur yang sedap dan mudah.

Bahan-Bahan

Inti Sumbat:
2 biji telur ayam
carrot (dicincang)
sosej (dicincang)
secubit garam
minyak untuk menggoreng
1 sudu besar mayonis

Cara-cara:
campurkan semua bahan dan goreng hancur

Sambal Sotong:
3 ekor sotong
2 ulas bawang merah,
2 ulas bawang putih (ditumbuk / dihiris)
3 sudu besar cili kisar
1 sudu rempah kari
1 biji bawang merah (dipotong bulat2)
2 sudu sos cili
minyak untuk menumis
3 batang pencongkel gigi/lidi
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. sotong tadi disumbat dengan telur yang telah dimasak dan ditutup semula dengan kepala sotong dan dicucuk dengan pencongkel gigi / lidi
2. kemudian tumiskan bawang yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau
3. Masukan cili kisar dan biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukan serbuk kari dan sos cili
5. kemudian masukan sotong yang telah disumbat dengan telur dan biar sampai mendidih
6. masukan gula, garam dan air asam jawa sesedap rasa
7. masukan bawang besar yang telah dipotong bulat2
8. bila dah masak boleh la hidangkan



KITA TAHU TAPI TAK BUAT!

sumber:google

Imam Ibnul Qayyim Rahimahullah pernah mengisahkan, seorang anak perempuan meninggal kerana taun, kemudian ayahnya melihatnya di dlm mimpi, maka ayahnya berkata kpdnya, "Wahai anakku kabarkan kepadaku tentang akhirat!"

Anak perempuan itu menjawab, "Kami telah melewati perkara yg sangat besar, dan sesungguhnya kita telah mengetahui, tetapi kita tidak mengamalkannya. Demi Allah, sesungguhnya satu ucapan tasbih atau satu rakaat solat yang tertulis didalam lembaran amalku lebih aku sukai drp dunia dan seluruh isinya.."

Berkata Ibnul Qayyim, "Anak perempuan itu telah mengatakan perkataan yang dalam maknanya (sesungguhnya kita telah mengetahui, tetapi kita tidak mengamalkan), akan tetapi banyak di antara kita yang tidak memahami maknanya.."

"Kita mengetahui, bahwa ucapan Subhaanallaahi wa bihamdihi sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, berapa banyak hari yang kita lalui tanpa mengucapkannya sedikit pun."

 sumber:google

"Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah. Akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukannya."

"Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari sahaja, akan dijauhkan wajahnya daripada api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tapi sayang, kita tidak sanggup menahan lapar."

"Kita mengetahui, bahawa sesiapa yang menziarahi orang yang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memohon keampunan untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menziarahi seorang pun yang sakit di bandar ini."

"Kita mengetahui, bahawa sesiapa yang membantu membangunkan masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit."

 sumber:google

"Kita mengetahui, bahawa sesiapa yang membantu janda dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat untuk membantu seorang pun janda dan anak yatim."

Kita mengetahui, bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Quran, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan dilipat gandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Quran dalam jadual harian kita."

"Kita mengetahui, bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk menunaikannya, padahal kita mampu untuk menunaikannya."

"Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang paling banyak mendirikan solat malam dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para shahabatnya tidak pernah meninggalkan solat malam di tengah kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang, kita terlalu meremehkan solat malam."

 sumber:google

"Kita mengetahui, bahawa hari kiamat itu pasti terjadi tanpa ada keraguan dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu."

"Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal dunia mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu larut dan lalai dengan senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya di dunia dan tidak akan pernah menyusul pemergian mereka."

Wahai saudaraku yang di rahmati Allah, semoga kita segera merubah keadaan kita mulai detik ini dan mempersiapkan datangnya hari perhitungan yang pasti akan kita hadapi.

Hari di mana kita dipertanggungjawabkan di atas setiap perbuatan kita di dunia.

Hari ketika lisan kita dikunci, sedangkan mata, kaki dan tangan kita yg menjadi saksi.

Dan pada hari itu, setiap orang akan lari daripada saudaranya, ibu dan bapanya, teman-teman dan anaknya, kerana pada hari itu setiap orang akan disibukkan dengan urusannya masing-masing.

Saya telah mengirimkan nasihat ini kpd orang yang saya cintai kerana Allah, maka kirimkanlah nasihat ini kpd orang yang kamu cintai.

Agama itu nasihat...(spread the love)

sumber:google

Thursday 9 March 2017

MATI ITU PASTI


Perbanyakkan mengingati mati, kerana jika hidup mu dalam kelapangan akan dipersempitkannya. Dan jika hidup mu dalam kesempitan akan diberinya kelapangan dan kelegaan. 

"Kata Umar Ibn Aziz ketika menasihati sahabatnya"

ANTARA KAYA DAN KEBAHAGIAAN


ANTARA KAYA DAN KEBAHAGIAAN

Rasulullah SAW bersabda: 

"Tidak mengapa kekayaan bagi orang yang bertakwa kepada Allah dan kesihatan bagi orang yang bertakwa kepada Allah itu lebih baik (dari kekayaan) dan kebahagiaan jiwa itu termasuk sebahagian dari kenikmatan." (HR Ahmad No: 22144) Status: Hadis Sahih

PENGAJARAN:

1. Kekayaan yang dimiliki oleh seseorang tidak tercela asalkan ia diurus dengan cara yang bertakwa.

2. Pemilik yang bertakwa akan memastikan sumber hartanya bersih lagi halal disamping menunaikan hak terhadap harta yang dimiliki.

3. Orang kaya yang dicela apabila ia tidak menunaikan hak harta dan tidak pernah merasa cukup dengan apa yang dimiliki.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ قَدْ أَفْلَحَ مَنْ أَسْلَمَ وَرُزِقَ كَفَافًا وَقَنَّعَهُ اللَّهُ بِمَا آتَاهُ

Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya sangat beruntung orang yang telah masuk Islam, diberikan rezeki yang cukup dan Allah menjadikannya merasa puas (qanaah) dengan apa yang diberikan kepadanya.”
 (HR Muslim no: 1746)

4. Kesihatan yang dimiliki oleh orang yang bertakwa kepada Allah itu lebih baik dari harta kekayaan. Kesihatan yang dimiliki tidak boleh ditukar dengan wang ringgit dan harta.

5. Kebahagiaan jiwa (ketenangan, ketenteraman dan kelapangan) merupakan sebahagian dari kekayaan kenikmatan hidup.

6. Memiliki wang ringgit dan kekayaan harta belum menjamin ketenangan jiwa.
Biar berharta, asalkan memiliki sifat qanaah (merasa cukup) dan sentiasa bersyukur dengan menunaikan hak-hak harta serta jiwa pemilik harta sentiasa merasa tenang dan bahagia.

SUDAHKAH KITA BERDOA UNTUK KEDUA IBU BAPA KITA?


Berdoa kepada insan-insan yang pernah berbuat baik kepada kita merupakan ajaran Islam. Ibu bapa merupakan insan yang paling berbudi kepada seseorang insan. Justeru itu al-Quran memerintahkan:

(وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا)
[Surat Al-Isra' 24]


MAKSUDNYA:
"Rendahkan untuk kedua mereka (ibubapa) sayap kehinaan dan katakanlah (berdoalah) : Wahai Tuhanku kasihanilah mereka berdua seperti mana mereka mendidikku semasa kecil"

Ayat ini memberikan pengajaran kepada insan beberapa perkara:
- Untuk ibubapa itu penghormatan dan doa

- Wajib berdoa untuk kedua ibubapa

- Didikan dan kasih sayang ibu bapa melayakkan mereka mendapat kebaikan daripada doa ini

- Ibubapa yang tidak memberikan kasih sayang yang sewajarnya dan tarbiah yang sepatutnya maka doa ini tidak merangkumi mereka

- Sesiapa sahaja yang mendidik kita dengan baik, kita patut berdoa kepada mereka.

Persoalan untuk diri kita:

Bagi setiap anak, adakah setiap hari ataupun seringkali kita berdoa untuk kedua insan yang berjasa mendidik dan membesarkan kita dengan kasih sayang?

Bagi ibubapa, apakah kita berusaha mendidik anak-anak kita dengan kasih sayang dan rahmah sehingga doa yang ajar oleh al-Quran ini layak untuk kita?

"DR MAZA"

14 PUNCA KITA MUDAH JATUH MISKIN



Dari Kuliah Dhuha Ust Fawwaz Mat Jan

1. Tidak Menjaga solat atau solat dgn tidak betul.

2. Tidak membersihkan sawang labah-labah di rumah.

3. Mengeringkan air di badan dgn pakaian yang di pakai.

4. Menyapu sampah di dalam rumah pada waktu malam.

5. Keluar dari masjid selepas solat subuh dengan tergesa-gesa.

6. Makan dan minum sebelum mandi wajib.

7. Isteri yg SUKA MARAH Suami.

8. Suka bertelanjang dalam rumah.
 
9.Tidur dalam keadaan belum menunaikan solat.

10. Suka membuat dosa.

11. Terlalu banyak tidur.

12. Menggunakan sikat yg rosak.

13. Suka duduk di muka pintu.

14. Membiarkan pinggan mangkuk di waktu malam tidak berbasuh.

Rujukan dari kitab Ta'alim Muta'alim

REZEKI...IANYA MISTERI...


Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

Ada yang masih single.
Ada yang dah kawin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kawin bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya.

Masa kita belum sampai.
Obama retires at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang 'depan' dari kita.
Tapi ada juga yang 'belakang' kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.
Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.


You are not late.
You are not early.
You are just on time 😊.
Jangan stress.
Percaya bahawa perancangan Tuhan jauh lebih baik.


Saturday 4 March 2017

KESILAPAN SOLAT JUMAAT YANG RAMAI LELAKI TIDAK SEDAR



1.Datang lewat ke masjid
Kata Rasulullah SAW: Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup. (Hasan, Ahmad:21756)

2.Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat
 Kata Nabi SAW: Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan.Oleh itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran, atau baginda berkata di dalam solat. (Shahih, Abu Dawud:1332, disahihkah oleh Ibn Abdil Barr)

3.Tidak memenuhkan saf hadapan
Kata Nabi SAW: Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian. [bagi mendapatkan saf hadapan] (Shahih, Muslim:439)
4. *Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah*. Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia. (Shahih, Muslim:857)

5.Tidak melakukan solat tahiyatul masjid apabila tiba ketika imam berkhutbah
Kata Nabi SAW: Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut. (Shahih, Muslim:875)

6.Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang
Firman Allah: Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (Surah al-Jumuah:9)

7.Bercakap ketika khutbah
Rasulullah SAW berkata: Jika engkau berkata kepada teman engkau Diam pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia. (Shahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)

8.Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib
Kata Ibn Masud r.a: Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau. (Hasan, at-Tirmizi:509)

Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi ilmu yang bermanafaat kepada kita untuk mendapat santapan minda setiap hari Jumaat melalui khutbah yang dibaca oleh khatib. Jom azam sama-sama tutup telefon dan jangan layan internet, whatssap, facebook dan instagram ketika khutbah kerana talian ALLAH lebih penting dari segala-gala urusan dunia..

ADAKAH NAMA ANDA TERCATAT (TERUKIR) DALAM PENDAFTARAN MILIK ALLAH?


Kisah seorang pesara bertanya kepada seorang Ustaz:

"Ustaz. Mengapa saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-gini juga? Terus hambar, tak tentu arah dan tak ada nikmatnya. Bosan saya Ustaz! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sangat utk mendapatkannya?"

Ustaz pun menjawab: "Ooooh... Mungkin dimasa ini Allah juga sedang bosan dengan tuan."
"Allah bosan dengan saya? Maksudnya bagaimana Ustaz?"

Ustaz menjelaskan: "Mungkin Allah telah letih mencari tuan, namun tuan tak pernah ditemui dimana-mana.

- Dicari diantara kumpulan solat Dhuha tak ada.

- Dicari diantara kumpulan solat Tahajjud tak ada.

- Dicari diantara kumpulan puasa sunnah juga tak ada.

- Dicari diantara kumpulan yg sering bersedekah, juga tak bertemu.

- Dicari diantara kumpulan Tadarrus Al-Qur'an, tuan juga tak ada disana.

- Dicari diantara kumpulan orang orang melakukan ibadah Umrah, namun niat tuan pun belum ada.

- Dicari diantara orang2 yang khusyuk solatnya, tak ada.

- Dicari dimajlis Maulidur Rasul dan majlis Selawat tak ada.

- Dicari diantara yang menuntut ilmu agama pun tak ada.

Allah SWT nak mencari tuan dimana? Cuba tuan beritahu?

Maka menangislah si pesara sambil mengusap air matanya lalu beristighfar berulang kali.
Segeralah kembali kepada Allah. Dekatkan dirimu pada Allah. Hanya Allah SWT sahaja ZAT yang boleh menenteramkan hidup kita.

PASTIKAN NAMA KITA SENTIASA TERTULIS DALAM DAFTAR YANG DISEBUT.

Selamat berjuang saudaraku.
In shaa Allah... Allah akan kurniakan rahmat bagimu...

6 KESILAPAN DALAM SOLAT YANG MUNGKIN KITA TERLEPAS PANDANG DAN TERLALAI



Solat Adalah Wajib Bagi Orang Islam, Dan Wajib Ditunaikan 5 Kali Sehari. Tetapi tahukah anda dalam kita khusyuk melakukan solat, mungkin ada beberapa perkara penting yang kita terlepas pandang. Marilah sama-sama kita belajar dan perbetulkan solat kita kerana solat yang sempurna adalah tuntutan agama islam.

1.Tidak beristinjak dengan Bersih:
Pastikan tidak ada najis yang terpecik ketika membuang air, ketika beristinjak, air perlu mengalir, dengan hanya memercikkan air adalah tidak sah. Solat dalam keadaan bernajis adalah tidak sah.

“KEBANYAKAN SIKSA KUBUR ITU DISEBABKAN (TIDAK MEMBASUH) AIR KENCING”
 
2. Wudhuk Tidak Rata
Pastikan Apabila Mengambil Wuduk Air Telah Rata Di Kawasan Yang Wajib Dibasuh, Tidak Sah Wuduk, Jika Kawasan Yang Wajib Dibasuh Itu Kering.

“CELAKA BAGI TUMIT-TUMIT (YANG KERING KETIKA WUDUK) DARI NERAKA”


3. Tidak Menutup Aurat
Untuk Lelaki Pastikan Baju Atau Seluar Tidak Ketat, Kalau Tidak Ketika Sujud Nanti Akan Terangkat Baju Hingga Terbuka Aurat.

Untuk Wanita Pula Jika Memakai Baju Atau Telekung Yang Nipis Dan Berwarna Putih, Pastikan Ia Tidak Nampak Warna Kulit, Kerana Ia Sama Seperti Membuka Aurat.

4. Jari Kaki Tidak Jejak Bumi
Ketika Sujud Wajib Untuk Lipatkan Jari Dimana Perut Jari Itu Menyentuh Bumi. Tidak Wajib Untuk Lipatkan Semua Jari. Sekurang Kurangnya Satu Jari, Dari Kaki Kanan Dan Kiri Sentuh Bumi, Sunat jika Semua Jari.

5. Tidak Melafaz Fatihah
Wajib Melafaz Bacaan Fatihah Ketika Solat, Sekurang Kurangnya Didengari Oleh Telinga Sendiri. Tidak Sah Jika Membaca Dalam Hati.

“HUKUM INI SAMA DENGAN MEMBACA TAKBIRUL IHRAM, MEMBACA TAHIYAT AKHIR, SELAWAT & SALAM PERTAMA"

6. Dahi Tertutup Ketika Sujud
1. Sujud di Atas Telekung Adalah Tidak Sah Jika Dahi Ditutup Oleh Telekung. Ini Kerana Telekung Itu Terikat Dengan Angggotanya. Hukum Ini Sama Dengan Rambut Yang Tertutup.

MATI ITU PASTI


Jika melawat ke hospital, kita akan menyedari bertapa berharganya nikmat kesihatan..

Jika melawat ke penjara, kita akan menyedari bertapa besarnya nikmat kebebasan...

Jika kita ke kubur, kita akan menyedari bertapa berharganya nikmat hidup...

Pesakit akan keluar wad bila sakitnya sembuh...

Manakala banduan akan keluar penjara bila tamat tempoh hukumannya....

Tetapi kubur TIADA JALAN KELUAR..

Sentiasalah ingat mati, seperti esok kita akan Mati...

Mati Itu Pasti...

CERIALAH!! DAN SEBARKAN CINTA PADA MAKHLUK-MAKHLUK NYA


CERIALAH!

Dari Abdullah bin Mubarak bahwasanya ia menjelaskan tentang husnul khuluq (akhlak yang baik) seraya berkata:

"Berwajah ceria, menebarkan kebaikan dan mencegah keburukan." (HR Tirmizi No: 1928) Status: Sahih Isnad

Pengajaran:
1. Seorang Muslim sewajarnya memiliki husnul khuluq (akhlak yang baik) dalam setiap tingkah laku kita.

2. Antara ciri-ciri akhlak yang baik ialah memiliki:
a. Wajah yang ceria
b. Sentiasa menebarkan kebaikan
c. Mencegah keburukan

3. Berwajah ceria antaranya sentiasa melemparkan senyuman dan tidak bermasam muka.
4. Menyebarkan kebaikan tanpa mengira makhluk, bangsa, agama mahupun keturunan.
5. Lakukan kebaikan kepada kawan dan lawan kerana ia adalah akhlak yang baik.
6. Cegah keburukan yang ada disekeliling dengan hikmah dan bijaksana selari dengan akhlak muslim.

Thursday 2 March 2017

BISKUT SNOW ALMOND



Bahan A:
260gm mentega
150gm gula kaster
1 tsp esen vanila
50gm serbuk badam


Bahan B:
300gm tepung red rose
50gm tepung kastard
50gm susu tepung
40gm tepung jagung
Hiasan:
Coklat masakan
Breadcrumb putih

CARA MEMBUAT:
1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
2. Canai dan terap dengan acuan di sukai.
3. Bakar pada suhu 140C selama 30 minit.
4. Sejukkan biskut dan celup dengan coklat masakan yang di cairkan secara double boiler dan golekkan biskut ke dalam breadcrumb. Apabila dah kering boleh la disimpan dalam bekas kedap udara.

CHOC CHIP COOKIES



CHOC CHIP COOKIES

confirm tak boleh stop bila dah makan..

BAHAN A:
1cwn butter
1cwn gula perang
1cwn minyak masak
1/2 cwn gula halus
1sdb susu cair/susu segar
(sy guna susu full cream 2sdb)
1 biji telur
1sdk esen vanilla
Secubit garam


BAHAN B:
4cwn tepung gandum
1sdk cream of tartar
1sdk baking powder
1sdk berkarbonat soda
2cwn choc chip
(sy guna 1cwn choc chip+1cwn choc rice)
1cwn kekacang tak kira jenis apa pun

CARA MEMASAK:
Pukul bahan A hingga sebati..jangan pukul lama..
Dlm 1minit je..
Masukkan bahan B gaul sebati guna senduk sahaja..
Akhir sekali masukkan choc chip dan kacang..
Adunan agak lembik..dan jarakkan sedikit semasa susun adunan..bakar suhu 170c 20minit

RESEPI BISKUT CHEESE


Resepi Biskut Cheese

BAHAN-BAHAN:
250gm Mentega
180gm Gula Aising
2 biji Kuning Telur
250gm Tepung Ubi - sanggar 10 min
225gm Tepung Jagung
1/2 st baking powder
70gm Parutan Keju Cheddar- utk letak dlm adunan
kuning telur dan sedikit parutan keju - utk hiasan


CARA MEMASAK:
1. Pukul Mentega & Gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan pukul sehingga sebati.
3. Masukkan bahan-bahan kering.
4. Canai & terap.Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut
dan taburkan sedikit parutan keju atas setiap biskut.
5.Bakar 160C 15 -20 minit

RESEPI SOTONG MASAK LEMAK



BAHAN-BAHAN:
1/2kg sotong - cuci dan dikelar jika suka
3 batang serai - diketuk
5 helai daun limau purut
1 mangkuk santan sederhana pekat
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa


BAHAN KISAR:
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2cm halia
1cm kunyit hidup
3-4 biji cili kering - saya guna cili api

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan sotong dan masak hingga kering airnya.
3. Masukkan santan, serai dan daun limau. Renehkan hingga santan mendidih.
4. Rasakan garam gula. Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas.

RESEPI KERABU SOTONG


BAHAN-BAHAN:
Sotong secukupnya
2 biji limau nipis - ambil jusnya
Sedikit daun ketumbar - dipotong halus jika suka
1 labu bawang besar - dihiris halus
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam - secukup rasa
3-5 biji cili padi - ikut pedas
1 biji tomato - dipotong kecil
1 batang serai - dihiris halus
Sedikit karot sebagai hiasan - dipotong dadu atai hiris halus
Sedikit udang kering - ditumbuk jika suka


CARA MEMASAK:
1. Bersihkan sotong dan rebus sehingga masak. Jangan lama nanti isinya mengecil, sejat dan potong.
2. Masukkan bawang besar, cili api, garam, air asam limau nipis, gula, serai, udang kering, sos ikan, daun ketumbar dan dikacau dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Rasakan manis, masin dan masam. Siap untuk dihidangkan.

RESEPI ROJAK @ PASEMBUR


Cara Membuat Rojak / Pasembur

Bahan Cucur (Keras):
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng


CARA-MEMASAK:
Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.

Bahan Cucur (Lembut):
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul

CARA MEMASAK:
Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.

Kuah Rojak Singapore
 
Bahan-bahan:
450 gm keledek - direbus empuk
2.5 liter air
2 camt serbuk cili
3 camb gula merah + gula pasir (ikut citarasa kemanisan masing2)
1/2 camb asam jawa + 2 camb air (pekat)
2-3 camb kacang tanah - digoreng & dikisar halus (guna sikit je utk dptkan rasa je)
Sedikit bijan goreng tanpa minyak

Cara membuat:
- kisar keledek dengan air rebusan keledek tadi hingga halus.
- serbuk cili direbus dengan sedikit air didlm mangkuk yg berasingan sehingga sebati
- masukkan keledek yg telah diblend dan dimasukkan di dalam mangkuk dan tuangkan cili serbuk yg telah di rebus tadi ke dlm mangkuk keledek dan masak dgn api yg perlahan.
- selepas tu masukkan gula merah dan air asam jawa yg pekat2
- kalau ada jem nenas bolehlah diletak sikit utk tambahkan pekat kalau tak ada bolehlah ditambahkan gula
- masukkan sedikit pewarna merah utk kasi naikkan warna
- kalau kuah dah pekat masukkan kacang tanah yg telah diblend - letak sikit je utk dptkan rasa)
- last sekali bolehlah dimasukkan bijan goreng dan dikacau sehingga sebati

Bahan Sampingan:
tauhu goreng
sengkuang
timun
kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
telur, direbus & dihiris

KERANG MASAK RENDANG


KERANG MASAK RENDANG

BAHAN-BAHAN:
1 kg kerang direbus - ambil isinya
1 sudu besar rempah kari
1 keping asam keping/asam gelugor
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar gula
1 1/2 cawan pati santan
bahan perasa
minyak untuk menumis
daun kunyit dihiris halus

BAHAN UNTUK DIKISAR :
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 batang serai
20 tangkai cili padi

CARA MEMASAK:
1)Panaskan minyak dalam kuali.
2)Masukkan kesemua bahan yang dikisar dan tumiskan sehingga wangi.
3)Kemudian,masukkan rempah kari serta santan dan masak sehingga kering sedikit.
4)Masukkan pula kerang dan kacau rata.
5)Apabila rendang menjadi kering,masukkan pula kerisik serta bahan perasa.
6)Akhir sekali,masukkan daun kunyit dan gaulkan rata sehingga kering.

RESEPI SAMBAL HITAM PAHANG


BAHAN-BAHAN:
- Belimbing buluh
- Bawang Merah
- Cili Api
- Kicap ( sikit dhla)
- Garam
- Gula
- Belacan / perasa. ( ikutla prefer suka yg mana )
- Ikan bilis (Goreng garing dan tumbuk ikot suka lumat atau tak)
- Minyak utk tumis


CARA-CARANYA:
• Rebus belimbing tadi tanpa air dlm periuk.. guna periuk buruk je nanti rentung periuk tu.. Mau kembang rambut mak guna periuk cantik😂
• Goreng ikan bilis sambil tu tumbukla bawang dgn cili api tu sblm die kua api
• Pastu tmbuk dnding jap test power lesung.. tumbuk ikan bilis pulak xyah lumat sgt kasar2 sikit aslkn masih ad rupa dia "ikan bilis" bkn pasir ye
• pstu bila belimbing dh benyek masak.. humban
dlm lesung , tumbuk bg hncur sikit..
• Panaskan la mnyak tumis bwg dgn cli tmbuk td bg garing sikit pstu lontar la belimbing dan ikan bilis td dlm kuali gaul kan skli dgn garam gula dan belacan atau perasa Ya Allah pnat taip ni
• Letak la sikit kicap sikit bg ad warna xdela pucat je .. klau xnk guna kicap ikot suka la nk jemur tgh pns ke ap.. 😂
• Pastu bia die kering sikit demi sikit atas dapur sambil ngeluh bila nk kering ni..
• Dah kering angkat jgn lipat msuk bakul.. Letakla dlm pinggan pstu makanlahhhh

RESEPI AYAM KUKUS HALIA


Resepi Ayam Kukus Halia

BAHAN-BAHAN:
500 gm ayam (bahagian paha )
4 sudu teh lada putih
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar madu
150 gm halia 9dikisar halus )
100 gm bawang putih (dikisar halus )
100 gm bawang merah 9dikisar halus )
50 gm daun sup 9dihiris halus )
50 gm daun bawang (dihiris halus )
garam secukup rasa


CARA-CARANYA:
1. Bersihkan ayam dan gaul bersama bahan-bahan yang telah dikisar
2. Masukkan dan gaul dengan lada putih ,minyak bijan dan madu
3. Biarkan seketika selama sejam
4. kemudian kukus ayam tersebut sehingga masak

PETUA ATASI MASALAH BAU BADAN DAN JERAWAT DI BADAN

Daun sireh


Daun Inai

Tempoh hari seorang rakan mengadu bahawa anak gadisnya yang semakin meningkat remaja mengalami masalah bau badan serta punya masalah jerawat di badan akibat perubahan hormon.
Maka, saya mencadangkan anaknya meminum air rebusan sirih dan inai,.
Petua turun- temurun ini sesuai juga diamalkan tak kira lelaki atau wanita.
Rebusan Daun Sireh Dan Inai
 
Bahan-bahan:
Daun Sireh -3 helai
Daun Inai - segenggam
Air - 3 gelas

Cara-cara:
Direbus kesemuanya degan api sederhana kecil dari 3 gelas menjadi 1 gelas
Tapis dan minum bila sudah suam. Diamalkan seminggu sekali. Lebih elok diamal setelah period.

Sesuai juga untuk:
Angin dalam badan
Cirit birit
Sengal-sengal badan
Sakit kepala/menyejukkan badan
Segarkan badan
Mengalami jerawat muka dan badan
Melicinkan kulit
Hilangkan gatal-gatal kulit

RESEPI SPAGHETTI CARBONARA


RESEPI SPAGHETTI CARBONARA

BAHAN SOS:
1 biji bawang besar Holland cincang
5 ulas bwg putih cincang
5 btg sosej
1 tin cendawan
2 tin sos cendawan carbonara Prego
1 liter susu segar
Lada hitam
Oregano flakes
.
CARA MEMASAK:
1. Tumiskan bawang besar & bwg putih.
2. Masukkan sosej dan cendawan butang yg telah dihiris.
3. Taburkan sedikit oregano flakes & serbuk lada hitam.
4. Tuangkan sos cendawan.
5. Tuangkan susu. Perasakan dgn garam...siappp.
6. Spaghetti mcm biasa celur hingga lembut dengan masukkan sedikit minyak masak & garam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...