BAHAN-BAHAN:
125 gram butter(saya guna planta jer)cairkan dan sejukkan
125 tepung gandum (saya guna tepung superfine)
125 gula kastor
4 biji telur gred A
1 sb ovallate
2 sb susu pekat manis
1/2 sb esen vanilla
1 sb coklat emulco
1 sb serbuk koko
Loyang 7inch/8inch
CARA-CARA:
1.cairkan planta dan sejukkan.
2.mix dgn kelajuan perlahan tepung,gula,ovallate,susu dan telur. setelah sebati,mi dgn kelajuan laju selama 7-8minit.
3.masukkan planta yg telah dicairkan. sebatikan dgn spatula sahaja.
4.bahagikan adunan kepada dua. satu adunan ketepikan. satu lagi letakkan esen, coklat emulco dan serbuk koko.
5.letak dalam loyang yg telah dileserkan planta secara selang seli atau ikut suka hati
6.bakar dgn suhu 170,api atas bawah selama 40-45 minit atau sehingga masak.
7.selamat mencuba
Pernah makan biscotti?
Kalau tak pernah boleh cuba resepi ni.Sedap dinikmati dengan secawan kop..
Kalau tak percaya cubalah..
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko 2 sdt baking powder 1 sdt garam halus 1/2 cawan butter
1 cawan gula castor 2 biji telur gred B
1 sdt esen vanilla Kekacang (saya gunakan Almond ia tidak perlu panggang kerana biscotti ini perlu dibakar 2x )
CARA MEMASAK :
Ayak tepung, serbuk koko, garam dan baking powder. Ketepikan.
Satukan pula gula dan butter..putar dlm mixer smpi gebu lebih kurang 5 minit.
Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Putar dlm 2 minit.
Satukan adunan butter dalam bahan ayak . Guna spatula sebatikan. Masukkan almond yang dah dihiris2.
Jangan over uli...cuma satukan semua bahan je agar terbentuk doh bulat .
Panaskan oven suhu 180c selama 10 minit.
Alas tray dengan baking paper.
Bahagikan doh kepada 2. Bulatkan dan buat bentuk lonjong dgn ketebalan dlm 1 inci . Bakar doh ni selama 35 minit api atas bawah .
Da siap bakar..keluarkan dan biarkan selama 15minit.
Cukup masa ia rehat..panaskan oven semula ( 180c ).
Ni
penting...nak slice biscotti. Gunakan pisau ROTI ( pisau
bergerigi macam gergaji tu ). Pisau kena tajam..klu tak biscotti
mudah patah!!
Potong
biscotti dalam 1 inci tebal. Ada yg buat nipis2 tapi advise saya
klu tak mahir jgn buat nipis, sebab biscotti mudah patah.
Susun semula biscotti yg dah dipotong atas tray tadi.
Bakar biscotti utk kali ke 2 selama 30 minit. Tujuan utk bakar 2nd round ialah utk merangupkan biscotti .
Dah siap..sejukkan atas redai dan boleh dihidangkan.
BAHAN-BAHAN:
1 kilo daging
20 ulas bwg kecil( dihiris)
Bahan-bahan yang perlu dibasuh dan direndam sehingga kembang:-
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 btg kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
7 buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
15 tangkai cili kering-direbus
2 labu bawang besar
1/2 labu bawang putih
2 inchi halia
(kesemua ini diblender bersama bahan yang direndam diatas)
note:bahan-bahan yang direndam itu, nanti airnya perlu diblend sekali.jagan buang airnya
1cwn sos tomato
1cwn kicap pekat
2 sudu besar kerisik
4-5 tangkai daun kari
gula, garam, kiub ayam/ daging
CARA MEMASAK:
-Tumis bawang hiris dan daun kari hingga kekuningan
-masukkan bahan2 blender dan tumis hingga garing masukkan daging, kecilakn api
biarkan sehingga air daging hampir kering dan hampir lembu.
-masukkan
kicap, sos tomato, kerisik, gula, garam, kiub dan masak sehingga kering.
-Kalau suka boleh ditambah bawang besar yang dipotong bulat masukkan diakhir sekali.
Kalau gunakan ayam, goreng dahulu tapi jgn terlalu garing.
-gula itu lebih sedap jika gunakan gula melaka asli kalau kurang manis baru tambah gula putih.
Hari ini saya nak kongsi Resepi Ubat Jantung menggunakan Superfood Bawang Putih yang bergolek di dapur korang itu.
Alhamdulilah selepas mengamalkan resepi ini, nafas saya lapang dan
tiada 'nyut-nyut' di dada. Malah tenaga saya juga bertambah, tak adalah
letih sangat.
Memang betullah cakap ustaz yang sarankan amalan
ini. Ustaz ini cuma minta tolong viralkan kalau berkesan, biar dapat
tolong ramai orang.
RESEPI UBAT JANTUNG
BAHAN-BAHAN:
3 ulas Bawang Putih
1 sudu besar Madu.
CARA PENYEDIAAN:
3 ulas bawang putih itu di cincang halus, biarkan selama 15 minit dan kemudian gaul rata dengan satu sudu besar Madu.
Kemam secara perlahan campuran bawang putih dan madu tadi. Seeloknya
ambil semasa perut kosong, InshaAllah dalam masa 7 hari akan ada kesan
yang ketara pada tubuh badan.
Rupanya resepi ini bukan sahaja untuk jantung, ada banyak khasiat lain seperti:
1. Mencegah lebihan lemak pada dinding jantung.
2. Mencegah serangan jantung dan saluran arteri tersumbat disebabkan penebalan dinding dalam pembuluh darah jantung.
3. Menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol.
4. Merawat masalah kulit alergi dan gatal-gatal
5. Merawat masalah cirit birit
6. Buang toksik dalam badan
7. Menambahkan daya ketahanan badan
8. Menurunkan kadar gula dalam badan untuk pesakit kencing manis
9. Mencegah penyakit kanser
10. Mengurangkan sakit arthritis
11. Boleh menurunkan berat badan
Lagi satu ustaz ini cakap kalau ada masalah seram sejuk, resdung dan demam berpanjangan pun bagus amalkan petua ini.
Terlalu ramai yang mempunyai masalah sakit lutut. penyakit ini tidak mengira umur,yang tua atau muda masing-masing mempunyai risiko untuk menghidap penyakit ini.
RESEPI LUTUT POWER memang khas untuk sesiapa yang ada masalah lutut.Resepi ini memang berkesan.Ini ialah resepi orang-orang lama yang memang popular. Sesiapa yang dah tau takpe. Yang
masih belum tahu anda boleh cuba dan amalkan ok?
BAHAN-BAHANNYA:
2 biji Apple hijau potong dadu
4-5 batang serai di ketuk (Kalau besar guna 3 cukup)
1 batang Kayu Manis Ceylon patah-patah kan (kalau yang gemuk, guna 1/2)
5 gelas air
CARA PENYEDIAAN:
Rebus kesemua bahan sampai jadi 4 gelas air. Minum ketika iasuam, 2 kali sehari. Boleh minum tiap tiap hari atau 2-3 kali seminggu.
Apple tu boleh kunyah jek. Sapa rajin, nak blend pun boleh. Tapi serai
ngan Kayu Manis Ceylon tu sila letak tepi ok. Tak payah kunyah. Khasiat
dia dah keluar.
Kenapa air ni power?
Apple, serai dan Kayu
Manis memang anti inflammation. Tiga tiga bahan ni power dan terbukti
berkesan untuk sakit sendi. Sebab tu ramai yang berkesan bila minum air
ni.
Kulit Apple nak kena buang ke tak?
Tak payah. Cuci bersih dan rebus skali ngan kulit. Kulit Apple ada 5 kali ganda antioxidant. Rugi ler kalau buang khenn!
Pesakit yang ada masalah darah rendah tak boleh minum air ni. Nanti darah jadi terlalu rendah.
Perghhh!!! Terbaik betul kalau dessert macam ni dapat makan waktu
musim panas.Kanak-kanak pun suka!! Kalau dihidangkan untuk tetamu, confirm
esok mereka akan datang lagi. Cara penyediaannya juga amat mudah.
Bahan-Bahan :
1. Potong dadu buah berikut : Buah Naga Buah Kiwi Buah Nenas Buah Betik Buah Tembikai Buah Anggur Buah Apa-Apalah yang korang suka
2. Masukkan kesemuanya ke dalam buah tembikai yang telah dikeluarkan isinya.
3. Panaskan Agar-Agar seadanya.
4. Tuang Agar-Agar ke dalam tembikai
5. Biarkan sejuk kemudian Masukkan ke dalam peti sejuk
6. Apa lagi.. makan lah..
Silakan Share..
1) Ketika Memulakan Kerja
bacalah ayat ini sebelum anda
memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan *keluarlah
iblis dan syaitan* yang berada di dalam tubuh kita dan juga di
sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
2. Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali).
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah. Berilah
salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah
salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah *bersolat*
kerana Salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,
seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi
bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di
akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
3. Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah
Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak
akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi
titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan
dalam Tadzikaratul Qurthuby.
4. Khatam al-Quran
Rasulullah
SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: "Siapakah antara
kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada
seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah
mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu
cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina
Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang
kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas
Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah
Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran
kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.
PAHALA MEMBACANYA
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Ketika
saya (Rasulullah SAW) Israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di
atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah
300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang
Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas
dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang Sahara itu
terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka :
"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami
berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki
mahupun perempuan."
Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya;
• Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
• Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
• Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
• Walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.