Assalamualaikum... Hari ini saya ingin kongsikan resepi kuih badak berendam. kuih ini sangat sedap dimakan terutamanya ketika musim panas sebegini.cara membuatnya pula tidaklah rumit. Jom kita lihat bahan-bahan serta cara untuk membuat kuih yang mudah tetapi enak ini.
Maaf ye sebab gambar di atas..tidak berapa menarik..huhu..
BAHAN UNTUK INTI: 1 biji kelapa parut 2 sudu besar gula pasir 2 cawan gula merah 1/2 sudu kecik garam 1/2 sudu besar tepung gandum(bancuh dengan sedikit air) 2 cawan air 2 helai daun pandan diikat simpul -masak semua bahan-bahan hingga gula menjadi sekata.. -jangan terlalu kering.selepas itu sejukkan bahan tersebut. BAHAN UNTUK DADIH: 2 cawan santan pekat 1 sudu besar tepung beras 1 sudu kecil tepung gandum 1 sudu kecil garam 2 helai daun pandan ikat simpul -campurkan kesemua bahan tersebut dan kacau sehingga tiada tepung yang bergentel. Kemudian barulah kita panaskan diatas dapur. -masak sehingga doh menjadi pekat diatas api sederhana. -kena sentiasa kacau agar dadih tidak berketul-ketul kemudian ketepikan ia.
BAHAN UNTUK DOH: 2 cawan tepung pulut 1/2 cawan jus pandan Air secukupnya 1/2 sudu kecil garam Sedikit pewarna hijau -bancuh kesemua bahan hingga boleh membentuk doh. Kemudian didihkan air didalam periuk kecil -bulatkan doh dan masukkan inti kemudian rebuskan didalam air yang telah mendidih tadi. -biarkan sehingga doh timbul keatas.Kemudian angkat dan toskan ia. -apabila semua doh sudah selesai direbus,kita boleh hidangkan ia bersama dadih tadi.. ..selamat mencuba
Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat
anak-anak jatuh kepada walinya..iaitu datuk atau pakciknya, bukan
tanggungjawab si ibu. Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian
isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang
lain.
Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit
sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak.
Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak
tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.
Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali
yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah
amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang
lelaki...bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja
tetapi turut kepada pewalinya..
Apabila agama itu diambil separuh separuh,yang memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.
Mari kita berfikir akan kisah benar yang berlaku pada seorang balu yang kematian suami.
1. Semasa hidup simati orang susah, adik beradik tak pernah menjenguk,
apatah lagi nak hulur belanja unutk anak buah walaupon semuanya kerja baik-baik.
2. Berkat rezeki anak-anak, si mati dapat membeli sebidang tanah dan membeli
sebuah rumah teres.Tidak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang
tanah untuk tujuan berkebun tetapi tidak kesampaian (meninggal dulu)
3. Simpanan si mati ada dalam 10ribu didalam bank serta sebuah rumah dan sebidang tanah.
4. Simati selalu berpesan kepada isterinya, jikalau dia tiada, isteri dan anak-anak tidaklah terlalu susah kerana sudah ada tempat bergantung, ada sedikit duit dan ada tempat
berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati untuk si isteri dan
anak-anaknya.
5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.
6. Sejurus selepas simati dikebumikan, adik beradik si mati termasuk ibu
si mati telah mengajak si isteri berbincang mengenai peninggala harta si mati kononnya
si mati akan terseksa didalam kubur jikalau tak diselesaikan secepat mungkin.
7. Si mati tiada anak lelaki, jadi harta-harta si mati akan diberikan kepada adik beradiknya mengikut hukum faraid.
8. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik
bertandang kerumah, siap buat lakaran dalam kertas mengikut hukum faraid,
bahagian untuk isteri, anak-anak, ibu si mati dan adik beradik si mati.
8. Hukum faraid bahagian isteri dapat paling sedikit, merek lansung tidak
peduli tentang perasan si balu yang masih bersedih, dihamburkan pula nas-nas serta dalil-dalil
bab pembahagian faraid.
9. Paling memilukan,dinilaikan sekali
rumah yang diduduki oleh si balu degan anak-anak mengikut nilai pasaran. Kemudian
mereka memberi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut
kepada waris-waris yang berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu, atau keluar
darr rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut
akan dibahagikan menikut hukum faraid.
10. Nak cari mana 150k? nak tak nak mereka
terpksa keluar dari rumah tersebut kerana rumah itu sudah dijual, dapatlah bahagian si balu
dan anak-anak dengan jumlah yang si balu dapat dan anak-anak si mati dapat mustahil mereka mamapu untuk memiliki rumah yang baru.
Bermulalah episod merempat si anak-anak yatim,
berpindah randah, menyewa disana sini, jangankan si balu, si anak pula terpaksa bekerja selepas pulang dari sekolah untuk menyara diri sendiri, duit simpanan /tanah
sebidang/rumah dijual si waris.
Harapan si mati untuk tidak menyusahkan anak
dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali. Waris-waris semua lesap entah ke mana setelah mendapat bahagian masing-masing.
Walaupun berhak pada harta si mati
tetapi kita perlu lihat pula tanggungjawab yang harus dipikul.Jangan di ambil agama itu
separuh separuh untuk kepentingan sendiri. Iya.. tak berdosa mengambil harta yang
sememangnya hak kita mengikut hukum, tetapi berdosa besar jika kita gagal menjalankan
tanggungjawab nafkah pada anak-anak si mati tempat tinggal,pakaian serta makan dan
minum mereka.
Jika kita termasuk dalam golongan sebegitu sebelum ni
maka berubahlah dan semoga dijauhkan keturunan kita adik-adik kita suami,serta anak-anak
kita dari bersifat kejam sebegini.Ambil pengajaran saudara saudari.
Sekali lagi saya ingatkan apa yang diajar oleh agama, bila simati meninggalkan
anak-anak yang belum baligh, wajib bagi walinya mengikut turutan wali sebelah
simati menyediakan nafkah untuk anak si mati. Kalau tidak diambil peduli,
menanggunglah diakhirat kelak.
Hukum faraid itu sangat adil dan
indah, diberi lebih kepada lelaki kerana lelaki adalah ketua keluarga yang wajib menanggung orang-orang dibawahnya.Kenapa apabila tiada anak lelaki,harta
akan diberi juga kepada adik beradik si mati?
Jelas Allah memberitahu
bahawa adalah menjadi tanggungjawab si wali untuk menanggung nafkah si anak yatim
(lebih-lebih lagi si yatim adalah perempuan) dan semoga dengan pembahagian faraid ini ia dapat
meringankan beban serta membantu si wali untuk menjaga dan memberi nafkah
kepada si anak yatim.
INGAT YA..! setelah mendapat pembahagian harta si mati
ia bukan menjadi sebab untuk kita terus membeli rumah baru, shopping atau melancong dulu, tapi tunaikan
dulu tanggungjawab si anak yatim. Wallahu'alam..
Jadi seorang isteri, hal yang amat
kritikal bagi kita ialah suami. Kita makhluk Allah yang sarat dengan
emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang
menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati
suami,sengaja atau tidak sengaja. Rasulullah S.A.W telah menyebut dengan
jelas tentang perangai orang perempuan saat berdepan dengan satu saja
pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah meminta maaf dari suami. Mungkin
ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak
berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.Allah ya
Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya.
Jangan kita
hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita
sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan
kita. Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah
dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga
lorong ujian Allah buat kita.Semua buruk baik dia boleh jadi
asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin
untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita
berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya! Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita
tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami
kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan
Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.
Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati
dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa
isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu
yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringinkah kita untuk
mendapatkannya?
Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri
yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian
cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada
sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah. Ayuh tutup aurat kita
serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita
di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak
kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan
ke syurga kah kita. Ya Allah... Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah. Aamiin.