Tuesday, 11 July 2017

SENANGKAN HIDUP ORANG UNTUK SENANGKAN DIRI MU ATAU KELUARGA KAMU KELAK

Sumber:google

" Cikgu, saya mohon cuti tanpa gaji seminggu. Sebagaimana cikgu tahu, anak saya dikesan menghidapi penyakit leukimea baru-baru ini.

CRK saya dah habis. Sedangkan anak saya perlu berada di wad lagi seminggu untuk rawatan kimoterapi," pohon seorang guru perempuan dengan santun.

" Cuti Tanpa Gaji? Cuti Tanpa Gaji akan mempengaruhi senioriti awak. Akan banyak kesan sepanjang perkhidmatan walau sehari awak ambil. Tak payah ambil Cuti Tanpa Gaji, rugi," balas pengetua tersebut.

" Habis tu macam mana cikgu? CRK dah habis, siapa nak jaga anak saya di wad," balas guru perempuan itu memohon ihsan.

" Awak cuba minta 'time slip' dengan doktor setiap kali pergi hospital. Awak datanglah pukul berapa pun bertugas di sekolah. Maklumkan pada PK1 awal-awal kalau ada kelas.

Senang beliau buat relief. Dan waktu cuti nanti, buatlah kelas tambahan untuk murid yang bakal periksa PMR. Kalau ada program besar sekolah, awak tawarkan diri jadi ketua. Semoga anak awak cepat sembuh," balas pengetua itu mesra.

Sumber:google

Kisah ini berlaku pada sahabat aku belasan tahun dulu. Pengetua itu kini sudah pun pencen. Pencennya disambut meriah. Meriah sungguh.

Namun kebaikan hati, tolak ansur dan toleransi masih menjadi bualan anak-anak buah sehingga hari ini. Malah hubungan dengan anak-anak buah terus erat. Saling mengunjungi tanda hormat.

Begitulah hidup. Jika kita berkuasa dan berpangkat, namun terus merendah diri dan membantu memudahkan kerja orang lain, pasti disayangi dan dihormati.

Hormat itu tidak boleh dijual beli. Tiada harga untuk diletakkan pada sebuah penghormatan pada seorang ketua yang cakna dan memahami.

Biarlah kisah ini menjadi teladan dan ikutan pula pada sahabat yang bergelar PGB dan bakal-bakal pentadbir.

Takkan pernah jatuh martabat mereka yang merendah diri bahkan makin tinggi pula disanjung orang sekeliling. Sungguh!

* Ini kisah benar. Anak leukimea itu kini sihat walafiat dan membesar dengan elok. Alhamdulillah.

Thursday, 11 May 2017

RESEPI AGAR-AGAR KERING


Bahan-bahan:
60 gm agar-agar bertali
1300 ml air
150 gm gula batu - diketuk halus
1200 gm gula pasir
Pewarna makanan (merah, oren, purple dan kuning)


Cara-cara:
Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. 


Tapis dan buang airnya.

Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. 

Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur.

Masukkan gula batu dan gula. Kacau rata. masak sehingga gula batu hancur.

Angkat dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan.

Sejukkan dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. 

Anda boleh gunakan acuan untuk mendapatkan bentuk bentuk yang menarik.

Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula

Balik-balikkan sentiasa supaya ia kering sekata.

Nota:
Anda boleh ketuk dahulu gula batu bagi ia menjadi ketulan kecil supaya ia cepat hancur baru masukkan dalam periuk.

RESEPI RENDANG AYAM PEDAS CILI PADI


Bahan-bahan:
8 ketul ayam
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang besar*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit*
3 batang serai*
20 biji cili padi* 

(kisar bahan bertanda *)
1/2 sudu ketumbar (disangai dan tumbuk)
1/2 sudu jintan manis (disangai dan tumbuk)
Santan dari sebiji kelapa
Daun kunyit (hiris halus)
1 sudu kecil kerisik
Gula melaka
Garam
Air asam jawa


Cara-cara Memasak:
1. Kisar semua bahan yang bertanda *.

2. Tumis bahan kisar hingga naik baunya. Masukkan ketumbar dan jintan. Kacau sebati.


3. masukkan santan, daun kunyit dan ayam.


4. Setelah separuh kering, masukkan kerisik. Perasakan dgn garam, gula dan asam jawa.


5. Tunggu hingga kuah kering dan bolehlah dihidangkan.

RESEPI AYAM MASAK KUZI.


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam 1.5kg – 1.8kg  dipotong 12 bahagian.
Sedikit saffron.
1 sudu besar pes halia bawang putih.
600gm bawang merah kecil dihiris halus dan digoreng garing..
1 tin susu sejat.
1/4 cawan buah badam direbus, dibuang kulit.
1/4 cawan biji janggus dihiris panjang, digoreng dgn minyak sapi
60 gm kismis hitam.
50gm biji janggus, digoreng dengan minyak sapi.
2 sudu besar minyak sapi.
1 biji bawang besar di hiris halus.
1 cawan air atau seperti kepekatan kuah yang anda kehendaki
garam dan gula secukup rasa.


Penyediaan Rempah Kuzi:
1 sudu besar biji ketumbar.
1 sudu kecil biji jintan manis.
1 sudu kecil jintan putih.
1/2 sudu kecil biji lada putih.
1/2 sudu halia kering.
1/4 sudu kecil kayu manis.
1/2 sudu serbuk kunyit.


Cara-cara penyediaan rempah kuzi:
1. Sangai ketumbar, jintan manis, jintan putih, lada putih, cincang dulu halia kering, dan tumbuk kayu manis. Kisar halus kesemua rempah-rempah ini dan gaulkan dengan serbuk kunyit.


CARA MEMASAK:
1. Larutkan saffron dalam satu sudu kecil air. Lumurkan saffron pada seluruh ketulan ayam dan peramkan 1 sudu pes halia bawang putih dan sedikit garam.


2. Kisaran rempah bersama bawang goreng dimasukkan dalam bekas susu sejat.


3. Masukkan minyak sapi dalam kuali dengan sedikit minyak masak, bila panas gorengkan ketulan ayam sehingga permukaan ayam garing sedikit selama 15 minit. Angkat ketulan ayam.


4. Goreng bawang dalam minyak gorengan ayam tadi. Bila bawang goreng mula bertukar warna kepada kuning keemasan masukan susu yang telah adunkan bawang dan juga rempah. Masukan pes buah badam yang telah dikisar. Tambah garam dan gula secukup.


5. Masukkan ketulan ayam, buah kismis dan masak sehingga kuahnya pekat. Sekiranya kuah terpekat anda boleh tambahkan air untuk cairkan sedikit. Hidangkan dengan ditabur buah janggus. Selamat mencuba. Dalam resepi ada juga tumbuk bawang goreng halus dan masukkan 1 botol sos tomato sebotol. Selamat mencuba.

RESEPI AYAM MASAK BALI


Bahan bahan Ayam Masak Bali:
1 ekor Ayam
6 ulas bawang merah
Kicap pekat
1 tangkai daun kari
3 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam dan gula
1 batang serai diketuk)


Bahan A
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu serbuk kunyit
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan kasar
Cili kering
2 batang serai


Cara-cara memasak Ayam Masak Bali:
Kisar bahan A, gaul bersama kunyit dan kicap pekat. Perap ayam bersama bahan tersebut.

Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap.


Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi.


Masukkan daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.


Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.


Ayam Masak Bali Siap untuk dihidangkan.

RESEPI AYAM LEMON CHINESE STYLE



Bahan-bahan:
2 dada ayam-bersihkan dan keringkan


Bahan perap:
3 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh minyak bijan
sedikit black pepper
1 biji telur


Bahan Salut:
5 sudu besar tepung
5 sudu besar breadcrumbs 


Bahan sos:
1 sudu besar sos plum
3 1/2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar cuka
4 sudu besar gula
2 sudu teh tepung jagung
Minyak secukupnya


Cara-cara Memasak:
01. Perap ayam dengan bahan perap selama 2 jam atau semalaman.

02. Salut dengan bahan salut dan goreng hingga garing dan kekuningan.
03. Potongkan ayam dan letak atas pinggan hidangan.
04. Campur semua bahan sos, didihkan hingga pekat.
05. Curah atas ayam tadi dan hidangkan.

RESEPI BISKUT DAHLIA


Bahan-Bahan :
1 buku butter/mentega
3/4 @ 1 cawan gula halus/gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 cawan tepung ubi
2 cawan tepung kastard
2 cawan tepung gandum
(semua tepung di ayak)


Cara-caranya :
- pukul butter/mentega dan gula hingga kembang
- masukkan kuning telur dan esen vanila - gaul sebati
- masukkan tepung ubi,tepung kastard dan tepung gandum
- uli hingga menjadi doh - kalau doh lembut,tambahkan sedikit tepung gandum.
- kemudian paipkan dengan acuan samperit @ biskut dahlia
- hiaskan dgn ceri @ manik @ ikut suka..
- bakar 20 minit atau lebih dgn suhu 180 darjah @ bergantung pd oven masing-masing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...