Saturday, 18 February 2017
AIS KRIM KELAPA
Assalamualaikum dan salam jumaat. Memandangkan esok cuti, jom la kita buat aiskrim yg susah nak dapat ni. Buat sendiri lagi berbaloi, cuma bila makan dgn anak2 dalam masa sehari je boleh habis sebekas.Sedap sangat.
AIS KRIM KELAPA
1 tin susu pekat manis
2 tin air kelapa ~ 2 biji kelapa pandan. Kalau tak cukup air kelapa tu boleh tambah air biasa jadikan 2 tin. Sukatan tin tu adalah sukatan tin susu pekat tadi.
Isi Kelapa Muda
4 sudu besar santan pekat
1 sudu kecil ovellete
2/3 helai daun pandan ~ di simpul
Satukan air kelapa, daun pandan dan susu pekat manis dan masak atas dapur hingga didih. Bila didih aje tutup api , masukkan santan kacau dan biarkan sejuk.Bila dah betul-betul sejuk, keluarkan daun pandan, masukkan adunan dalam mixer, letakkan isi kelapa muda dan putar sebentar.
Simpan dalam peti ais ruang beku dengan mangkuk pemutar sekali dan sejukkan 4 jam- 5jam.
Keluarkan dari peti ais, tambahkan ovellete dan putar semula hingga kembang.
Ovellete tujuannya untuk bagi aiskrim kita ringan dan gebu, kalau tak letak ovellet dia akan kasar macam kita buat aiskrim Malaysia teksturnya.Tuang dalam bekas dan simpan dalam freezer hingga aiskrim keras. Biasanya semalaman.
Labels:
Resepi Sedap
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment