Sumber:resepisedap
Doh kulit luar :
2 cawan potato flakes (bukan tepung kentang)
2sb tepung gandum
1/2 cawan air dibancuh dengan 1sb serbuk pasti sedap
Gaul semua hingga sebati. Air boleh ditambah sedikit demi sedikit jika doh terlalu keras. Jangan diuli. Jika uli, doh akan jd sticky.

Bahan inti :
Mozarella cheese
Cheddar cheese
Serbuk cheese (jika ada)
*cincangan daun bawang, carrot, sosej yg direbus terlebih dahulu-lap bahan2 ini dengan towel kemudian gaul dengan 3jenis cheese di atas.
Mozarella cheese
Cheddar cheese
Serbuk cheese (jika ada)
*cincangan daun bawang, carrot, sosej yg direbus terlebih dahulu-lap bahan2 ini dengan towel kemudian gaul dengan 3jenis cheese di atas.
Bulatkan adunan cheese sama besar. Kemudian balut dengan adunan kentang. Pastikan tiada lubang. Jika tidak cheese akan meleleh keluar semasa menggoreng. Kemudian rehatkan dlm peti ais. Setelah adunan keras, boleh celupkan ke dalam telur dan golekkan ke atas breadcrumbs.
Siap sedia untuk digoreng.
Nota :
1. saya guna instant mashed potato.Jadi puan puan boleh ganti dengan kentang biasa. Kupas, rebus, dan tos hingga kering kemudian di lecek sehingga halus. Dan tambah tepung. Tak perlu guna air.
2. Jangan guna tepung terlalu banyak takut doh lembik n sticky. Jangan balut cheese tebal sangat takut tak masak sbb tak boleh goreng terlalu lama. Tapi jangan pula terlalu nipis takut pecah masa goreng dan cheese akan keluar. Rugi...
3. Semasa menggoreng, sebaiknya deepfry, tidak boleh goreng terlalu lama, Dan jangan di balik balikkan selalu. Kalau tak, pecah perutnya nanti n keluar cheese nya.
4. Bahan bertanda * di atas adalah optional. Kalau tak suka tak perlu letak.
5. Saya harap resipi ini dapat membantu. Senang jee. Try n error la eh..
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment