Saturday, 18 February 2017
TIPS PERUT SIHAT
Assalammualaikum...
Dah minum air suam 1/2 liter selepas bangun tidur tadi? Lupa? Oops, cepat! Buang semua toksik hasil tidur malam tadi. Ini pun petua sihat yang paling basic tau.
Ok, pagi ni, saya nak kongsi satu resipi awet muda yang sangat mujarab! petua Ini diajar oleh bidan yang mengurut saya. Jujurnya, bidan ni memang nampak sangat muda, walaupun usianya dah lebih 50 tahun. Mulanya saya agak umurnya lewat 30an atau awal 40an. Saya panggil kakak, tapi rupanya dah pangkat makcik..
Katanya, dari muda, hingga tua, dia cuma amalkan minum AIR SERAI saja untuk kesihatan badan. Jamu dan makjun pun dia buat sendiri tau, tak pernah beli pun. Makcik ni asal kelantan. Jadi saya agak resipi-resipi jamu dia mesti dari sana juga.
Berbalik pada cerita air serai tadi,.gunakan serai segar ya. Bukan yang dibotolkan untuk tujuan commercial (ada ke? Saya cuma sebut saja, mana tau kebetulan ada yang dah di commercial kan)
BAHAN-BAHAN:
1. Bersihkan 10-15 batang serai.
2. Isikan periuk dengan lebih kurang 10L air.
3. Rebus serai tadi sehingga pekat dan keluar bau wangi.
P/S:Biasanya saya rebus selama 1/2 jam.Tutup api, biarkan suam, kemudian minum.
Amalkan minum segelas pagi lepas sarapan, tengahari dan malam.
KESAN-KESANNYA:
1. Banyak kentut
2. Perut kempis
3. Kulit bertambah cerah dan sihat (nampak kemerah-merahan pun ya)
4. Badan dan peluh bau wangi (atau yang ada masalah bau badan teruk, badan akan perlahan-lahan hilang bau)
5. Lawas kencing dan buang air besar
6. Buang toksin
Labels:
Petua Sihat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment