Sunday 29 January 2017

Tangan Dan Kaki Ini Bakal Menjadi Saksi Kepada Perbuatan-Perbuatan Kita Kelak.Sentiasalah Beringat Dan Bertaubat.

Sumber:google

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

terbitnya sang suria pagi ini
syukur Alhamdulillah diucap
kerana masih ada peluang diberi
untuk memperbaiki diri
memperbetulkan salah silap
mengubat luka yang lama
memohon maaf pada yang mungkin diluka
tapi maaf sukar diucap
bukan semudah itu
hati yang angkuh
perlu dibersih dahulu
hakikatnya maaf yang dipohon
hanyalah untuk mencari redha-Nya

bahasa
ramai yang pandai berbicara
tapi ramai yang tersalah guna
tersalah ucap terlanjur kata
binasa akhirnya

kadangkala suatu kata ditulis
bukan untuk difahami
mungkin lebih kepada untuk menulis
meluah rasa yang tidak dapat dibicara

tangan kaki mulut dan anggota-anggota ini
yang kita manusia gelar pancaindera
hakikatnya satu pinjaman oleh-Nya
dan realitinya
satu hari nanti
kita akan kembali
kembali kepada-Nya untuk dibicara
dan indera ini semua
bakal menjadi saksi perlakuan kita

sedarlah hakikat
dunia ini sementara sahaja
hanya kepada-Nya sahaja dipohon keampunan
kembalilah.


(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya). [47:36]

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. [57:20]

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. [36:65]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


Sumber:LINK

Friday 27 January 2017

MELAKAR POLA RAGLAN

Pada Raglan Lovers di luar sana...Hari ini sha nak kongsi pola untuk uolls buat sendiri Raglan untuk diri sendiri atau untuk husband tersayag..Cewah!!

LANGKAH 1

LANGKAH 2

JENIS RAGLAN

Nota lakaran pola utk baju/dress Raglan..gambar ke 3 itu adalah dari sumber PINTEREST saya cuma nak tnjukkan gambaran yg ukuran b > a tu, ia boleh berubah mengikut mana-man yang kita suka.
Note:
Lengan raglan i ni paling sesuai dgn fabrik jnis 'knit', yg memeri contohnya seperti lycra, jersey dan yang lain yang sewaktu dengannya.yang bahagian badan itu bolehlah kita guna fabrik-fabrik lain, walaupun bukan dari jenis 'knit' Maksudnya ada 2 jenis fabrik dalam satu paten baju.
😄😄😄..silakan share yer sahabat.. share the love

12 PINTU - PINTU REZEKI

Sumber:google

1.Rezeki Yang Telah Dijamin.
"Tidak ada satu mahluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya"
(Q.S.11:6)

2.Rezeki Kerana Usaha.
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya" (Q.S.53:39)
3.Rezeki Kerana Bersyukur.
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu" (Q.S.14:7)
4.Rezeki yg Tak Terduga.
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangkanya"
(QS. At Thalaq :2)
5.Rezeki Kerana Istighfar.
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta”(QS. 71 : 10-11)
6.Rezeki Kerana Menikah.
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya.”(QS. an-Nur : 32)
7.Rezeki Kerana Anak.
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”_(QS. al-Isra 31)
8.Rezeki Kerana Sedekah.
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipat gandakan balasannya dengan berganda-ganda yang banyaknya"(QS. Al Baqarah 245)
9. Rezeki Kerana Suka Menyambungkan Silaturrahim*
10. Rezeki Kerana Iman dan Taqwa*
11. Rezeki Kerana Pengorbanan Diri, Harta dan Waktu Utk Urusan Keagamaan*
12. Rezeki Kerana Istiqamah Membaca Al-Qur'an, Surah Al Waqiah, dan Solat Dhuha*

 Sumber:google

TIPS BANTU ANAK-ANAK BERFIKIRAN POSITIF

Sumber:google

Anak-anak memerlukan dorongan seperti pokok memerlukan air. Dorongan menyediakan peluang kepada anak-anak untuk mengembangkan persepsi mereka….
”Aku boleh, aku berkemampuan untuk membuat/memberi sesuatu. Aku boleh menggunakan kekuatan aku dengan cara yang baik untuk memajukan diri sendiri dan orang lain.”
Berilah dorongan apabila anak melakukan sesuatu yang baik; dorongan kepada usaha yang dilakukannya walaupun hasil usaha mereka itu amat kecil di mata kita.
Beberapa idea yang boleh kita cuba praktikkan untuk membantu anak-anak ceria dan positif.
1. BERSYUKUR .
Salah satu cara yang baik dan mudah untuk mendidik anak-anak supaya pemikiran mereka menjadi lebih positif adalah dengan mengamalkan kesyukuran . Setiap hari, minta anak-anak kita menyatakan 3 perkara yang mereka bersyukur kerana memilikinya. Pilih masa yang konsisten untuk berkongsi kesyukuran itu di antara satu sama lain (selepas solat maghrib sementara menanti masuk waktu ‘Isya misalnya) dan ulangi selama 21 hari sehingga menjadi satu tabiat .
Doa sebelum tidur juga boleh dijadikan ritual untuk menyatakan kesyukuran. Kajian menunjukkan bahawa ritual yang mudah ini mampu membantu otak mengimbas sesuatu kebaikan dan membantu mengukuhkan kenangan yang baik dan positif dari masa ke masa .
2. SENYUMAN.
Senyuman yang terukir di bibir mempunyai keajaiban untuk meningkatkan mood dan pandangan kita. Apabila kita melihat seseorang itu tersenyum, neuron dalam otak kita menerima isyarat mesra dan memberitahu otak kita untuk membalas kembali senyuman tersebut. Aksi ini akan menyebarkan kegembiraan di persekitaran kita. Latih anak-anak supaya mudah tersenyum dengan sentiasa memberikan senyuman kepada kepada mereka terlebih dahulu.
3. JURNAL.
Galakkan anak-anak untuk mengambil sekurang-kurangnya dua minit setiap hari untuk menulis pengalaman positif yang mereka lalui pada hari tersebut. Otak kita tidak boleh membuat perbezaan antara visualisasi dengan pengalaman sebenar, justeru dengan menulis jurnal tentang pengalaman positif yang dilalui memberi kesan positif dua kali ganda.
4. BERMAIN.
Menetapkan sekurang-kurangnya 15 minit sehari untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama-sama seperti bermain badminton, berbasikal bersama-sama, bermain sorok-sorok dan sebagainya. Tabiat yang menyeronokkan selama 15 minit ini bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal tetapi juga baik untuk mengurangkan risiko menghadapi tekanan dan kemurungan.
~
Sebagai ibu bapa, kita jangan sekali merasa penat untuk lakukan hal yang nampak kecil kepada anak-anak yang kita sayangi atau kepada anak-anak kecil lain meskipun sekadar gelak ketawa atau sebuah senyuman atau ucapan terima kasih atau hadiah kecil yang tak berapa bernilai, kadang-kadang hal yang nampak kecil dan tidak berapa bernilai itulah yang paling mereka ingati dalam hidup mereka terutama bila mereka dapat merasa kita sangat tulus dan ikhlas semasa memberikannya dan secara kebetulan saat itu mereka sangat memerlukannya dari seseorang.
Yang paling penting, sentiasa cipta saat-saat indah bersama anak-anak dengan aura paling ikhlas kerana tidak dapat dikira kecil sesuatu yang diberikan dengan ikhlas. Tidak dapat pula dikira besar satu perkara besar yang dilakukan tanpa keikhlasan di dalamnya.
dipetik dari LINK

BELAJARLAH BERSABAR DAN REDHA..


Kadang-kadang kita akan bertemu dengan jawapan 'tidak' atau pun 'bukan' untuk setiap usaha dan doa kita..
Tapi itu bukan bermakna kita tak layak dapatkan sesuatu. Bukan bermakna itu adalah hukuman ,
boleh jadi ia merupakan suatu pengajaran agar terus memperbaiki diri , hati dan iman. Kerana mungkin , pada suatu ketika , di tempat lain, dalam suasana lain, kita akan dapat sesuatu yang lebih baik dan lebih indah daripada apa yang pernah kita bayangkan...
Kita kenalah belajar untuk sabar dan redha ,
Belajar untuk menerima bahawa kadang-kadang apa yang kita nak sangat tu , bukan untuk kita.

In shaa Allah akan ada ruang dan peluang lain untuk kita mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Asalkan , jangan pernah berhenti yakin pada ALLAH.
Teruskan SOLAT , DOA dan SABAR.
kalau sesuatu tu memang baik untuk kita , Allah akan mudahkan dan kalau sesuatu tu memang tak baik untuk kita , Allah juga yang akan tunjukkan jalan keluar....
Semoga bermanfaat..

HEBATNYA FADILAT ISTIGHFAR

Sumber:google

 
Imam Ahmad bin Hambal Rahimakumullah (murid Imam Syafi'i) dikenal juga sebagai Imam Hambali. Di masa akhir hidupnya beliau bercerita;
Suatu waktu (ketika saya sudah usia tua) saya tidak tau kenapa ingin sekali menuju satu kota di Iraq. Padahal tidak ada janji sama orang dan tidak ada keperluan.
Akhirnya Imam Ahmad pergi sendiri menuju ke kota Bashrah. Beliau bercerita;
Begitu tiba di sana waktu Isya', saya ikut shalat berjamaah isya di masjid, hati saya merasa tenang, kemudian saya ingin istirahat.
Begitu selesai solat dan jamaah bubar, Imam Ahmad ingin tidur di masjid, tiba-tiba penjaga masjid datang menemui Imam Ahmad sambil bertanya; "Kenapa kamu di sini, syaikh?."
Penjelasan
Kata "syaikh" boleh digunakan untuk 3 panggilan:
1⃣untuk orang tua,
2⃣orang kaya atau pun
3⃣orang yg berilmu.
Panggilan Syaikh dikisah ini panggilan sebagai orang tua, karena penjaga tu memanggil hanya sebagai orang tua.
Penjaga masjid itu tidak tau yang lelaki itu adalah Imam Ahmad. Dan Imam Ahmad pun tidak memperkenalkan dirinya.
Di Iraq, semua orang kenal siapa Imam Ahmad, seorang ulama besar & ahli hadits, baanyak hadits dihafalnya, sangat shalih & zuhud. Zaman itu tidak ada kamera / gambar sehingga orang tidak tau wajahnya, cuma namanya sudah terkenal.
Imam Ahmad menjawab, "Saya ingin istirahat, saya musafir."
Kata penjaga tu, "Tidak boleh, tidak boleh tidur di masjid."
Imam Ahmad bercerita,
"Saya diusir oleh orang itu, disuruh keluar dari masjid, Setelah keluar masjid, dikuncinya pintu masjid. Lalu saya ingin tidur di birai masjid."
Ketika sudah berbaring di birai masjid Penjaganya datang lagi, marah-marah kepada Imam Ahmad. "Kamu nak apa lagi syaikh?". Kata penjaga itu.
Sy nak tidur, saya musafir", kata Imam Ahmad.
Lalu penjaga masjid berkata;
"Di dalam masjid tidak boleh, di birai masjid juga gak boleh." Imam Ahmad diusir. Imam Ahmad bercerita, "Saya diusir sampai jalanan."
Di samping masjid ada penjual roti (rumah kecil sekaligus untuk membuat & menjual roti). Penjual roti ini sedang membuat adunan, sambil melihat kejadian imam Ahmad diusir oleh penjaga masjid tadi.
Ketika Imam Ahmad sampai di jalanan, penjual roti itu memanggil dari jauh; "Mari syaikh, anda boleh nginap di tempat saya, saya punya tempat, meski pun kecil."
Kata Imam Ahmad, "Baik". Imam Ahmad masuk ke rumahnya, duduk di belakang penjual roti yg sedang membuat roti (dengan tetap tidak memperkenalkan siapa dirinya, hanya bilang sebagai musafir).
Penjual roti ini punya perilaku baik dan memuliakan tetamu. Kalau Imam Ahmad mengajak bersembang, pasti dijawabnya. Kalau tidak, dia terus membuat adunan roti sambil *(terus-menerus)* melafazkan *ISTIGHFAR.* _"Astaghfirullah"_
Saat meletakkan garam, _astaghfirullah_, memecah telur, _astaghfirullah_ , mencampur gandum _astaghfirullah_. Dia senantiasa mengucapkan _istighfar_. Sebuah kebiasaan mulia. Imam Ahmad terus memerhatiknnya.
Lalu imam Ahmad bertanya, _"Sudah berapa lama kamu lakukan ini?"_
Orang itu menjawab;
"Sudah lama sekali syaikh, saya menjual roti sudah 30 tahun, jadi semenjak itu saya lakukan."
Imam Ahmad bertanya;
"Apa hasil dari perbuatan mu ini?"
Orang itu menjawab;
"(lantaran wasilah istighfar) Tidak ada hajat / keinginan yg saya minta, kecuali PASTI dikabulkan Allah. Semua yg saya minta ya Allah... pasti saya akan dapat"
Rasulullah
صلى الله عليه وسلم
pernah bersabda;
"Siapa yg menjaga istighfar, maka Allah akan menjadikan jalan keluar baginya dari semua masalah dan Allah akan berikan rezeki dari jalan yg tidak disangka-sangkanya."
Lalu orang itu melanjutkan, "Semua dikabulkan Allah kecuali satu, masih satu yg belum Allah beri."
Imam Ahmad penasaran lantas bertanya;
"Apa itu?"
Kata orang itu;
"Saya minta kepada Allah supaya dipertemukan dengan Imam Ahmad."
Seketika itu juga Imam Ahmad bertakbir, "Allahu Akbar..! *Allah telah mendatangkan saya jauh dari Bagdad pergi ke Bashrah dan bahkan - sampai diusir oleh penjaga masjid - Sampai ke jalanan, ternyata karena ISTIGHFAR MU."*
Penjual roti itu terperanjat, memuji Allah, ternyata yg di depannya adalah Imam Ahmad.
Ia pun langsung memeluk & mencium tangan Imam Ahmad.
(SUMBER: Kitab Manakib Imam Ahmad)

DOA PAGI

Sumber:google

 
Ya Allah, ampunilah dosa kami, kedua ibubapa kami, pasangan hidup dan anak-anak kami, zuriat dan keturunan kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, jiran tetangga kami, masyarakat dan saudara-saudara seIslam kami... Ya Allah..

Jadikanlah hari ini bagi kami lebih baik drpd semalam...
Ya Allah.. Jika hari ini ada diantara kami..Yang sedang sakit, Mohon angkatlah penyakitnya ya Allah.. Berikanlah kesembuhan untuknya.. Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan..
Ya Allah.. Jika hari ini ada di antara kami, Yang kesulitan rezeki, Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah..

Kerana hanya Engkau Yang Maha Pemberi Rezeki..
Ya Allah.. Jika hari ini ada di antara kami yang hatinya sedang susah dan bersedih, dalam menerima dan menghadapi ujian-Mu... Mohon Kuatkanlah dia utk dapat bertahan dan bersabar..dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..setelah kesusahan ada kemudahan..

Ya Allah.. Jika hari ini ada di antara kami yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya..sombong, iri hati, dengki dan dusta.. Mohon bersihkan dan sucikanlah ia ya Allah..
Ya Allah.. Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..
Pun jika sampai hari ini ada di antara kami, yg merasa tersakiti dan terzalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengajakan.. Bukakanlah pintu hatinya..agar memaafkan kami.
Ya اَللّهُ ..

Ya Allah yang Maha mengasihi..kami memohon kpd Mu kurniakanlah kepada kedua ibu-bapa kami tempat yang istimewa di syurga-Mu Ya اَللّهُ

اَللّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا.
“Alloohummaghfirlii waliwaalidayya war hamhumaa kama rabbayaanii shagiiraa”.
“Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan kedua Ibu Bapak kami, sayangilah mereka sepertimana mereka telah menyayangi kami di waktu kecil dahulu"ُ

Ya اَللّهُ .. Ya Ghafar., ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa pasangan hidup kami, anak2-cucu kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekeliaan muslimin dan muslimat di mana saja mereka berada sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia.

Ya اَللّهُ ....Ya Mujiib.. tunjukkan kepada kami perkara yg benar itu adalah benar dan rezekikan kepada kami utk kami melakukannya Dan Ya اَللّهُ ..Ya Mujiib, Tunjukkan kepada kami perkara yang Bathil itu adalah Bathil, dan rezekikan kpd kami agar kami tidak melakukannya.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah..

REMPAH IKAN BAKAR SEDAP


Bahan-bahan A
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 s/b udang kering
1 s/b belacan
5 batang serai
 

Bahan-bahan B
1 kuntum bunga kantan [hiriskan halus]
daun kesum
daun limau purut [koyakkan]
1 s/b gula
1 s/k garam
1/2 cawan jus asam jawa
Minyak


Cara membuat
1. Mesin halus senua bahan A.
2. Panaskan minyak dana tumiskan bahan A sehingga wangi
3. Masukkan Bahan B dan kacau rata.
4. Rasakan garam dan biarkan sehingga pekat.
5. Bila siap masak, sejukkan dan simpan sebagai pes untuk membakar ikan.

SIAKAP STIM LIMAU NIPIS


Bahan-bahannya :
● 1 ekor ikan siakap siap siang cuci bersih
● 1 labu bawang merah/besar
● 3 ulas bawang putih
● 1 inci halia
● 2 batang serai
● 5 biji cili padi
● 1 biji limau nipis ambil jusnye
● 1sdm sos tiram
● Sepokok daun ketumbar
● Setengah batang carrot
● Semangkuk bunga kobis
● Setengah biji Lada bengala
● Garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya :
1. Gunalan kuali besar yang muat seekor ikan siakap diatas dapur. Masukkan ikan yang dah dicuci bersih.
2. Potong dadu bawang merah, Bawang putih dan halia taburkan atas ikan.
3. Hiris nipis serai dan tabur juga ke atas ikan dalam kuali.
4. Hiris cili ketepikan.
5. Potong lobak, bunga kobis dan lada bengala ikut bentuk disukai dan ketepikan.
6. Masukkan air kedalam kuali sehingga hampir tengelam ikan. Hidupkan api dapur tahap sederhana. Tutup kuali. Biar air mendidih dan biar ikan hampir masak.
7. Agak ikan hampir masak, kecilkan api. Masukan garam gula sos tiram, jus limau, sayuran dan daun ketumbar. Gaul kuahnya perlahan-lahan.Rasa dan nikmati..hehe..

RESEPI KARI KEPALA IKAN ( ALA MAMAK )


Bahan-bahan:
1. Kepala ikan Jenahak/Merah dibersihkan dan di belah dua
2. 2 biji bawang besar*
3. 3 ulas bawang putih*
4. 1/2 inci halia
5. 3 camca besar rempah kari ikan


Bahan-bahan tumis:
1. 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
2. 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
3. 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
4. 2 tangkai daun kari

Bahan-bahan lain:
1. Air asam jawa
2. 3 biji tomato, dibelah dua
3. Bendi
4. Terung panjang atau terung bulat
5. Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
6. 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus
7. 1/2 kiub ikan bilis

Cara memasak:
1. Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata.
2. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
3. Masukkan air asam jawa (lebih kurang 700ml, atau ikut suka),masukan bendi dan terung dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
4. Bila mendidih, masukkan 1/2 kiub ikan bilis, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua dan siap.

SUP AYAM KUKUS


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam sederhana besar – anggaran 1 kg
Garam secukup rasa
Secubit gula
1 camca teh madu
1 pokok kecik daun ketumbar – hiris


Bahan Kisar:
2 batang serai – hiris
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 camca besar lada hitam biji
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus

Hiasan:
Hirisan daun sup
Bawang goreng

Cara Memasak:
1. Ayam dibersihkan dan kerat 2, cucuk dengan garfu. Letak dalam satu bekas.
2. Masukkan bahan kisar halus, madu, garam secukup rasa dan hirisan daun ketumbar, gaul rata pada semua bahagian ayam. Perap dalam peti sejuk selama 2-3 jam atau semalaman.
3. Panaskan pengukus, letak jaring atas mangkuk tahan panas. Letak ayam tadi atas jaringan. Sapu baki-baki bahan perap atas ayam. Kukus selama 35 minit. Periksa ayam, jika isi kelihatan putih, tanda ayam sudah masak.
4. Keluarkan ayam dan potong kepada saiz yang anda suka. Letak dalam bekas. Stok ayam yang terhasil tadi, ditapis dan tuang atas ayam tadi. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan. Hidangkan.

Wednesday 25 January 2017

PETUA POWER UNTUK KEJUTKAN ANAK BANGUN SOLAT


Sumber:google

Seorang wanita bertanya kepada mufti : "Bagaimana caranya untuk mengejutkan anak-anak saya yang sedang tidur terlalu nyenyak untuk solat Subuh?
Mufti menjawab: "Apa yang akan kamu lakukan jika rumah kamu terbakar dan pada ketika itu anak-anak kamu sedang tidur?"
Wanita itu berkata: "Saya akan mengejutkan mereka dari tidur".
Mufti menjawab: "Bagaimana jika mereka sedang tidur terlalu nyenyak?"
Wanita itu kemudian menjawab: " Demi Allah! Saya akan mengejutkan mereka bangun, jika mereka tidak bangun saya akan mengheret mereka keluar dari rumah."
Mufti kemudian menjawab: "Jika itu apa yang kamu akan lakukan untuk selamatkan mereka daripada api di dunia, lakukanlah perkara yang sama untuk selamatkan mereka dari api neraka di akhirat kelak."
Semoga Allah membimbing kita semua!
Amin...

AURA NEGATIF AKAN MUSNAHKAN ANDA

Sumber:google


1. Marah selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita jadi lemah selama 6 jam.

2. Dendam dan Menyimpan Kepahitan akan menyebabkan sistem imun tubuh kita mati.
Dari situlah bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke ( perdarahan/penyumbatan pembuluh darah ) 


3. Jika kita sering biarkan diri kita Stress, maka kita akan alami Gangguan Pencernaan.

4. Jika kita sering merasa Khuatir, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu.

5. Jika kita Mudah Tersinggung, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur).

6. Jika kita sering mengalami Kebingungan, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bahagian Bawah.

7. Jika kita sering biarkan diri kita rasa takut yang berlebihan, maka kita akan mudah terkena penyakit Ginjal.

8. Jika kita suka Berfikiran Negatif, maka kita akan mudah terkena Dyspepsia ( penyakit sulit mencerna ).

9. Jika kita mudah Beremosi dan cenderung kepada sikap marah, maka kita terdedah kepada penyakit Hepatitis.

10. Jika kita sering merasa Sombong ( menolak kebenaran dan meremehkan orang lain ) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.

12. Jika kita sering Anggap Mudah semua persoalan, maka hal ini boleh akibatkan penyakit Diabetes.

13. Jika kita sering merasa Kesepian, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis                   ( berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh ).

14. Jika kita sering Bersedih dan rasa selalu Rendah Diri, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia ( kanser darah putih )

Sumber dari buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water” By : Dr. Masaru Emoto.
*Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah*

Tuesday 24 January 2017

KUIH BINGKA LABU

KUIH BINGKA LABU

Resepi Turun Temurun Bingka labu @ Bengkang Labu dimakan bersama Kopi O Kaww Hidangan minum petang antara kuih tradisional kegemaran saya.

Bahan - bahannya :

2 cawan labu manis yang telah direbus dan dilecek
2 cawan tepung gandum
2 camca besar tepung kastad
1 cawan gula halus
5 biji telur  (saya letak 3 biji telor aje tu pn dh terasa lemaknya..hehe..)
2 cawan air
1 ½ cawan santan pekat atau kita boleh guna 1 peket serbuk santan + 1 1/4 cawan air
1 camca kecil garam
1 camca teh esen vanilla

Cara - caranya :

Panaskan oven. Griskan loyang dengan marjerin.
Campurkan kesemua bahan kecuali labu yang telah dilecek ke dalam mangkuk besar. Kacau dan sebatikan hingga rata. Tapiskan.
Campurkan labu ke dalam adunan dan kacau rata.
Panaskan loyang di dalam oven sekejap - dalam 1 minit.
Keluarkan loyang dan tuang adunan ke dalam loyang perlahan2.
Bakar di dalam oven selama 45 minit.
Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan daripada loyang untuk dipotong.

SELAMAT MENCUBA

TERIMA KASIH..

BUAH MELAKA @ ONDE-ONDE

BUAH MELAKA @ ONDE-ONDE



Bahan-Bahan untuk 5-6 orang

- 500 gram tepung pulut


- Air secukupnya

- 1 sudu kecil pewarna daun pandan

- 1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)

- Kelapa parut

Cara-cara
1. Gaul tepung pulut dan dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.


3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.


4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.


5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.


6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut. Siap untuk dimakan.
Selamat mencuba....

SERI MUKA PANDAN DAN KELADI

 SERI MUKA PANDAN

SERI MUKA KELADI



Bahan-bahannya:
Lapisan Bawah
✔2 cawan beras pulut susu
✔2 cawan santan
✔Garam halus secukup rasa

Caranya
1 • Semua Bahan di atas di kukus sehingga masak

2 • Pulut yg di kukus tadi digaul dgn sedikit pulut hitam yang telah di rebus dulu

3 • Masukkan ke dalam bekas atau loyang yg kita suka

Lapisan Atas
✔1 1/2 cawan tepung gandum
✔2 cawan santan ~ blender dengan daun pandan
✔1 sudu teh tepung ubi
✔1 cawan gula halus
✔1 biji telur
✔Pewarna hijau apple /purple @ unggu secukupnya
Untuk lapisan atas boleh tambah emulco keladi/pandan

Caranya
1 • 2 cawan santan blender bersama daun pandan dan tapiskan.

2 • Masukkan bahan yang lain dan kacau sebati dan tapiskan lagi

3 • Masakkan sekejap api perlahan hingga naik wap

4 • Dah siap masukkan ke dalam pulut yang di kukus tadi

5 • Kukus hingga masak selama 10 minit jika guna bekas kecil...jika guna loyang dlm 20 minit..ok siap.

Selamat mencuba

Monday 23 January 2017

POLA PEMBUATAN BULATAN PEPLUM


LANGKAH 1


LANGKAH 2


LANGKAH 3 


LANGKAH 4

Sumber:cikgukitaro

RESEPI SUP TULANG ALA THAI

Sumber:resepisedap


BAHAN-BAHAN:

1kg tulang dan daging lembu (rebus)
1 btg saderi (hiris)
3 helai daun limau purut( buang urat tengah,untuk elakkan kuah jadi pahit)
1 labu bawang Holland (hiris)
1 btg serai (ketuk)
1 btg lobak (potong ikut suka)
3 biji kentang (potong)
2 biji tomato (belah 4)
Cili padi (ikut citarasa nak letak berapa)
Bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga


BAHAN TUMBUK :

Bawang Putih/merah/halia/lada hitam/ketumbar/jintan manis
** Daun ketumbar dan lime juice

CARA:

👉Rebus 1kg tulang dan daging sehingga empuk.
👉Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk dan masukkan 2sdb rempah sup, (saya guna rempah mak Siti), masak sehingga naik bau .
👉Kemudian masukkan bahan tumis tadi kedalam air rebusan tulang,masukkan 3 sekawan, masukkan lobak, kentang, serai, daun saderi, cili api, bawang Holland. Biarkan mendidih sehingga kentang n lobak empuk.
👉Kemudian masukkan tomato, dan garam scukup rasa . siap .
👉Boleh tabur dgn daun ketumbar dan perahan lime juice
 
#HomemadeByRoselyza
Sumber Resepi : Tengku RosElyza Raja Muhammad
Group : Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Sunday 22 January 2017

Bertangguh Ke Arah Kebaikan Hanya Membawa Kita Kembali Ke Arah Kegelapan (Versi 2017)

Sumber:google


Assalamualaikum.

tahun baru
bila didengar sahaja
berduyun-duyunlah manusia memasang azam
kononnya hendak berubah
apa yang hendak diubah tidak dikenalpasti
random semuanya

ada yang hendak kurus
ada yang hendak menjadi pelajar cemerlang
ada yang hendak meninggalkan kesilapan lalu
ada yang hendak berhenti menjadi perokok
dan banyak lagi

memang bagus
tetapi kebiasaannya
selepas seminggu dari "tahun baru" yang digembar-gemburkan itu
azam mula basi

sebenarnya ini berlaku kerana jiwa kita lemah
mudah terpengaruh dengan hawa nafsu

dan untuk mendapatkan jiwa yang kuat
kenalah menguatkan jiwa itu melalui ibadat

azam yang terbaik sebenarnya adalah
untuk meningkatkan ketaqwaan dan amal ibadat kepada Allah
berubah melalui mendekatkan diri kepada Allah
ikhlas untuk mendapatkan rahmat Allah

dengan mendekatkan diri kepada Allah
melalui berusaha lebih khusyuk dalam bersembahyang
berpuasa sunat
dan sebagainya

jiwa kita akan tenang
dan
tanpa kita menyedarinya
kita akan menjawab "tak nak" apabila diajak berbuat kesilapan lama lagi

betul
sememangnya kita manusia sering melakukan kesilapan
tetapi
janganlah berputus semangat
bertaubatlah selalu
kerana sebaik-baik manusia itu
adalah manusia yang sering mengakui kesilapan
dan berazam tidak mengulanginya
dalam erti kata lain
disebut bertaubat

dan
sebenarnya dalam berazam
anda perlu buat
jangan hanya cakap lebat sahaja

dan diingatkan juga
untuk berubah
anda perlu sentiasa bersedia untuk meninggalkan cara hidup lama
kena bersedia berkorban
dan dikritik

kuatkan tekad
walau apa jua dikata orang
stick dengan plan anda
jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja

jika tidak
anda sama sahaja dengan anda yang wujud
seperti hari-hari kejahilan sebelumnya

insya-Allah
semoga mendapat manfaat

Assalamualaikum.

credit to:baikiminda

Saturday 21 January 2017

TEKNIK DAN CARA MUDAH PEMBUATAN KAIN WANITA


LANGKAH 1:Garis lurus dahulu untuk labuh kain


LANGKAH 2: No 1 garis pinggang dan no 2 tu garis punggung jarak 8" standart jika xxxl 9"


LANGKAH 3: Nak buat kain ada 3 garis melintang yang perlu kita tahu iaitu
Pinggang,punggung dan labuh.
 


LANGKAH 4: Apa yang perlu anda buat ialah
Punggung ÷ dengan 4 kemudian garis jadikan kepada petak
Atas pun ukuran punggung
Bawah kain pun ukuran punggung




LANGKAH 5:  Bawah kain tanda 1.5"


 LANGKAH 6: Pinggang kain tanda 1"







LANGKAH 7: Gariskan dari pinggang ke bawah kain
  seperti didalam gambar







LANGKAH 8: Yang bahagian atas tu masukkan 1" dan garis melengkung paling atas dari garisan punggung tu naikkan 3/4" , itu untuk lemak di pinggang




LANGKAH 9: Dari bawah kain tandakan 22" paras paha




LANGKAH 10: Bawah kain buat 16" sedap melangkah




LANGKAH 11: Dari garis 22" garis dalam , terus garis ke bawah dan naikkn 1.2 "
Ini adalah kain duyung


LANGKAH 12: Yg ni kita boleh olah buat kain A
Skirt A



 ILMU WAKAF TEKNIK BUAT KAIN



Kesayangan Awie semua tolong share ya
Ilmu yang sangat mudah ini kita bantu ramai wanita
Raya ni tolong buat baju sendiri, sangat mudah
Bertindak sekarang belajar dan buat, tips-tips mudah dari Awie manik
Akan berterusan membantu anda semua sampai boleh jahit..
Kerana apa? Jika kita sendiri tak berusaha bantu diri kita, siapa lagi yang nk bantu.

CREDIT TO:Awie Manik









7 DOA YANG PATUT SETIAP IBUBAPA AMALKAN DEMI ANAK-ANAK


Sumber: google
Tahukah anda, doa seorang ibu itu mampu menembusi langit? Doa yang sangat mudah untuk Allah makbulkan.
1. DOA UNTUK MELEMBUTKAN HATI ANAK YANG DEGIL:

Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ash-Syura ayat 19:

“ Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ( menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”.

Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.
Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.

2. DOA UNTUK ANAK LEMBUT HATI,PINTAR DAN SOLEH:

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.

Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku(sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

3. DOA UNTUK MENANGANI ANAK LASAK DAN NAKAL

Amalkan ayat 40 dari Surah Ibrahim yang bermaksud

“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.”

Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud

“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”

4. DOA SUPAYA ANAK RAJIN KERJAKAN SOLAT
 
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.

“ Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab(hari kiamat)."

Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak. Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya.

5. DOA ANAK TAAT PERINTAH ALLAH

Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini.Surah Al-Baqarah ayat 128.

“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.

6. DOA AGAR ANAK DENGAR KATA
 
Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69.

“ Kami berfirman, Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim."

Atau Al-Hasyar ayat 22-24

“ Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana."

7. DOA MOHON RAHMAT DAN KEBERKATAN

Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah di bawah ini.

Surah Al-Imran ayat 8-9

“ Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...