Monday 16 January 2017

AYAM MASAK BUTTER (BUTTERMILK CHICKEN)



BAHAN-BAHAN:
2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil
2 sb butter
1 sb cili merah - cincang
2 chili padi - cincang
1 pelepah daun kari
Beberapa keping cheese(tak ada cheese boleh ganti susu pekat manis , sikit aje tau)
230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai
Secubit serbuk perasa ayam Knorr - opsyenal (My Daughter tak bubuh)
Garam
Serbuk lada hitam


BAHAN PERAP:
1 sk garam
1/2 sb sugar
2 sk serbuk kari
1 sb tepung gandum( My Daughter guna tepung Bistari) so tak perlu campur apa2
1 telur

CARA MEMASAK:
Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Masak/goreng ayam sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.

Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.(susu pekat)

Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.( kalau guna susu pekat , tak perlu masukkan gula)

Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula. Siap sedia di hidang dan makan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...