Friday 3 February 2017

ISTERIKU..PINTU SYURGAMU ADA DI RUMAH MU

 Sumber:google

Isteri memiliki pintu syurga di rumahnya. Pintu itu boleh menghantar dia ke syurga atau melemparkannya menuju ke neraka. Pintu itu hanya satu iaitu SUAMI.

Isteri yang TAAT kepada suaminya, kelak memiliki kedudukan seperti lelaki yang mati syahid dalam peperangan di jalan Allah.Setiap isteri melayani suaminya, maka perbuatannya akan meninggikan darjatnya di sisi Allah.

Amal ibadah yang paling utama bagi seorang isteri adalah melayani suami dan anak-anaknya. Lebih utama daripada beribadah sunnah apa pun.Sebab itu amat rugi sekali wanita yang sibuk dengan zikir, tetapi suaminya terlantar tak dipikir.

Sibuk dengan al-Quran tapi suaminya tak pernah disediakan makan. Sibuk dengan majlis maulud, tapi dengan suaminya selalu perang mulut.

Berdebat, bicara kasar, menipu, berbohong, nyusuz, menyakitinya, memandangnya dengan pandangan rendah, meninggikan suara..

Laa haula wa laa quwwata illa billaaaah
Wahai para isteri …..
Tiada guna solatmu
Tiada guna majlis yang kau hadiri
Tiada guna puasamu
Tiada guna zikirmu
Tiada guna hajimu
Tiada guna bacaan al-Quranmu
Tiada guna sedekahmu
Sebelum kau meminta maaf kepada suamimu.

Jangan sakiti dia, walaupun terkadang dia memiliki kelemahan di sana-sini. Nabi telah menjelaskan, wanita yang menjadikan wajah suaminya berubah, maka tak akan diterima solatnya walau sejengkal.

Dalam riwayat, wanita yang tidak mahu melayani suaminya di malam hari, dilaknat malaikat hingga pagi hari. Selagi ada kesempatan, berubahlah sikap menjadi baik. Selagi ada kesempatan minta maaflah.
Jadilah isteri yang baik, Jika memang yang kau tuju syurga, Itulah jalannya. Carilah redha suamimu, Semoga Allah menyelamatkan kita semua dari perbuatan yang boleh mendatangkan murka-Nya. Baik yang kita sadari atau tidak kita sadari.

Dalam hadis juga diketemukan, “Maka lihatlah kedudukanmu di sisinya. Sesungguhnya suamimu adalah syurga dan nerakamu.” HR. Ahmad


 Sumber:google

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...