Thursday 9 February 2017

MANFAATKAN MASA KITA SEMASA HIDUP

Sumber:google

Masa adalah nikmat Allah yang amat berharga yang tidak dapat dinilai harganya. Ianya lebih mahal dari emas. Semahal-mahal emas pun ianya masih boleh dibeli jika mempunyai harta dan wang. Tetapi masa! Ianya tidak dibeli atau ditukar dengan wang dan harta. Kalau ianya sudah berlalu tidak dapat diperolehi kembali.

Demikianlah Allah telah berpesan tentang masa dalam al-Quran di dalam surah al-Asr bahawa semua manusia dalam kerugian dalam aspek pengurusan masa melainkan mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Mereka yang tidak rugi ialah mereka yang sentiasa menyampaikan kebenaran iman dan berterusan berusaha menyebarkannya dengan penuh kesabaran.

Tempoh perjalanan yang panjang setiap hari ini perlu diuruskan agar ia dapat manfaat semaksima mungkin. Setakat ini, di samping tangan memandu kenderaaan, mata memerhatikan jalan, mulut dan hati dididik untuk menghalusi zikir ma’thurat pagi dan petang. Mulut dan hati berzikir memuji Allah, telinga dan minda mendengar dan menghadami kuliah-kuliah agama yang disampaikan ulama-ulamak. Sesungguhnya manfaatkanlah masa dalam kereta semasa kesesakan jalanraya untuk menyajikan halwa telinga dan minda dengan sesuatu yang bermanafaat.

Berzikir juga merintih kepada Allah tentang segalanya di kala bersendirian di dalam kenderaan.
"Ya Allah berikanlah bimbingan dan petunjuk Mu kepada hambamu yang lemah ini dan anugerahkan disiplin dan istiqamah agar dapat memanfaatkan sisa hidup ini"

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...