Monday 6 February 2017

PAU PUTIH GEBU

Sumber:google

Gunakan Tepung Pau untuk hasil terbaik
Kalau nak guna tepung gandum pun boleh tetapi pasti kan yang berkualiti.. nak hasil yang cantik mestilah kena modal yang lebih sikit..hehe...

Bahan-bahan: 
-Tepung Pau 1Kg
-yis kering 11gm (sepeket)
-Double action baking powder 2sudu
-Shortening 4sudu
-gula 2 sudu
-susu pekat 2 sudu

**Satu kan semuanya dlm satu bekas**
Gaulkan semua bahan-bahan sehingga sebati, selepas itu tuangkan 1 cawan air yang dimasukan 1 sudu cuka sedikit demi sedikit sambil uli.

Cara uli ialah dengan buat macam basuh basuh baju guna tangan, gonyoh-gonyoh guna 2 belah tangan.hingga rasa doh menjadi lembut..selepas tu rehatkan doh selama 15minit.

Kemudian bulatkan doh ikut size yang kita kehendaki, saya timbang setiap doh 45gm..
Buat sampai habis, lepas tu baru letak inti, inti terpulang mengikut citarasa masing-masing.
selepas inti diletakkan, bentukkan ia agar cantik dan kemas. Rehatkan ia dlm masa 5minit.. supaya Naik ..Panaskan periuk pengukus dan tunggu hingga air mendidih. Susun Pau dan kukus ia selama15minit. Pastikan tutup tudung periuk pengukus dengan kain..supaya air wap tidak menitik, jika wap air terkena Pau,ia akan menjadi mengerutu dan hasilnya ia tidak licin dan tidak cantik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...