Saturday 4 March 2017

6 KESILAPAN DALAM SOLAT YANG MUNGKIN KITA TERLEPAS PANDANG DAN TERLALAI



Solat Adalah Wajib Bagi Orang Islam, Dan Wajib Ditunaikan 5 Kali Sehari. Tetapi tahukah anda dalam kita khusyuk melakukan solat, mungkin ada beberapa perkara penting yang kita terlepas pandang. Marilah sama-sama kita belajar dan perbetulkan solat kita kerana solat yang sempurna adalah tuntutan agama islam.

1.Tidak beristinjak dengan Bersih:
Pastikan tidak ada najis yang terpecik ketika membuang air, ketika beristinjak, air perlu mengalir, dengan hanya memercikkan air adalah tidak sah. Solat dalam keadaan bernajis adalah tidak sah.

“KEBANYAKAN SIKSA KUBUR ITU DISEBABKAN (TIDAK MEMBASUH) AIR KENCING”
 
2. Wudhuk Tidak Rata
Pastikan Apabila Mengambil Wuduk Air Telah Rata Di Kawasan Yang Wajib Dibasuh, Tidak Sah Wuduk, Jika Kawasan Yang Wajib Dibasuh Itu Kering.

“CELAKA BAGI TUMIT-TUMIT (YANG KERING KETIKA WUDUK) DARI NERAKA”


3. Tidak Menutup Aurat
Untuk Lelaki Pastikan Baju Atau Seluar Tidak Ketat, Kalau Tidak Ketika Sujud Nanti Akan Terangkat Baju Hingga Terbuka Aurat.

Untuk Wanita Pula Jika Memakai Baju Atau Telekung Yang Nipis Dan Berwarna Putih, Pastikan Ia Tidak Nampak Warna Kulit, Kerana Ia Sama Seperti Membuka Aurat.

4. Jari Kaki Tidak Jejak Bumi
Ketika Sujud Wajib Untuk Lipatkan Jari Dimana Perut Jari Itu Menyentuh Bumi. Tidak Wajib Untuk Lipatkan Semua Jari. Sekurang Kurangnya Satu Jari, Dari Kaki Kanan Dan Kiri Sentuh Bumi, Sunat jika Semua Jari.

5. Tidak Melafaz Fatihah
Wajib Melafaz Bacaan Fatihah Ketika Solat, Sekurang Kurangnya Didengari Oleh Telinga Sendiri. Tidak Sah Jika Membaca Dalam Hati.

“HUKUM INI SAMA DENGAN MEMBACA TAKBIRUL IHRAM, MEMBACA TAHIYAT AKHIR, SELAWAT & SALAM PERTAMA"

6. Dahi Tertutup Ketika Sujud
1. Sujud di Atas Telekung Adalah Tidak Sah Jika Dahi Ditutup Oleh Telekung. Ini Kerana Telekung Itu Terikat Dengan Angggotanya. Hukum Ini Sama Dengan Rambut Yang Tertutup.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...