Thursday 9 March 2017

SUDAHKAH KITA BERDOA UNTUK KEDUA IBU BAPA KITA?


Berdoa kepada insan-insan yang pernah berbuat baik kepada kita merupakan ajaran Islam. Ibu bapa merupakan insan yang paling berbudi kepada seseorang insan. Justeru itu al-Quran memerintahkan:

(وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا)
[Surat Al-Isra' 24]


MAKSUDNYA:
"Rendahkan untuk kedua mereka (ibubapa) sayap kehinaan dan katakanlah (berdoalah) : Wahai Tuhanku kasihanilah mereka berdua seperti mana mereka mendidikku semasa kecil"

Ayat ini memberikan pengajaran kepada insan beberapa perkara:
- Untuk ibubapa itu penghormatan dan doa

- Wajib berdoa untuk kedua ibubapa

- Didikan dan kasih sayang ibu bapa melayakkan mereka mendapat kebaikan daripada doa ini

- Ibubapa yang tidak memberikan kasih sayang yang sewajarnya dan tarbiah yang sepatutnya maka doa ini tidak merangkumi mereka

- Sesiapa sahaja yang mendidik kita dengan baik, kita patut berdoa kepada mereka.

Persoalan untuk diri kita:

Bagi setiap anak, adakah setiap hari ataupun seringkali kita berdoa untuk kedua insan yang berjasa mendidik dan membesarkan kita dengan kasih sayang?

Bagi ibubapa, apakah kita berusaha mendidik anak-anak kita dengan kasih sayang dan rahmah sehingga doa yang ajar oleh al-Quran ini layak untuk kita?

"DR MAZA"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...