Thursday 23 March 2017

KITA TAHU TAPI TAK BUAT!

sumber:google

Imam Ibnul Qayyim Rahimahullah pernah mengisahkan, seorang anak perempuan meninggal kerana taun, kemudian ayahnya melihatnya di dlm mimpi, maka ayahnya berkata kpdnya, "Wahai anakku kabarkan kepadaku tentang akhirat!"

Anak perempuan itu menjawab, "Kami telah melewati perkara yg sangat besar, dan sesungguhnya kita telah mengetahui, tetapi kita tidak mengamalkannya. Demi Allah, sesungguhnya satu ucapan tasbih atau satu rakaat solat yang tertulis didalam lembaran amalku lebih aku sukai drp dunia dan seluruh isinya.."

Berkata Ibnul Qayyim, "Anak perempuan itu telah mengatakan perkataan yang dalam maknanya (sesungguhnya kita telah mengetahui, tetapi kita tidak mengamalkan), akan tetapi banyak di antara kita yang tidak memahami maknanya.."

"Kita mengetahui, bahwa ucapan Subhaanallaahi wa bihamdihi sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, berapa banyak hari yang kita lalui tanpa mengucapkannya sedikit pun."

 sumber:google

"Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah. Akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukannya."

"Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari sahaja, akan dijauhkan wajahnya daripada api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tapi sayang, kita tidak sanggup menahan lapar."

"Kita mengetahui, bahawa sesiapa yang menziarahi orang yang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memohon keampunan untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menziarahi seorang pun yang sakit di bandar ini."

"Kita mengetahui, bahawa sesiapa yang membantu membangunkan masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit."

 sumber:google

"Kita mengetahui, bahawa sesiapa yang membantu janda dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat untuk membantu seorang pun janda dan anak yatim."

Kita mengetahui, bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Quran, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan dilipat gandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Quran dalam jadual harian kita."

"Kita mengetahui, bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk menunaikannya, padahal kita mampu untuk menunaikannya."

"Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang paling banyak mendirikan solat malam dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para shahabatnya tidak pernah meninggalkan solat malam di tengah kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang, kita terlalu meremehkan solat malam."

 sumber:google

"Kita mengetahui, bahawa hari kiamat itu pasti terjadi tanpa ada keraguan dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu."

"Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal dunia mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu larut dan lalai dengan senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya di dunia dan tidak akan pernah menyusul pemergian mereka."

Wahai saudaraku yang di rahmati Allah, semoga kita segera merubah keadaan kita mulai detik ini dan mempersiapkan datangnya hari perhitungan yang pasti akan kita hadapi.

Hari di mana kita dipertanggungjawabkan di atas setiap perbuatan kita di dunia.

Hari ketika lisan kita dikunci, sedangkan mata, kaki dan tangan kita yg menjadi saksi.

Dan pada hari itu, setiap orang akan lari daripada saudaranya, ibu dan bapanya, teman-teman dan anaknya, kerana pada hari itu setiap orang akan disibukkan dengan urusannya masing-masing.

Saya telah mengirimkan nasihat ini kpd orang yang saya cintai kerana Allah, maka kirimkanlah nasihat ini kpd orang yang kamu cintai.

Agama itu nasihat...(spread the love)

sumber:google

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...