Thursday 23 March 2017

TIPS PENJAGAAN BAHAGIAN PERIBADI WANITA

sumber:google

Tip Penjagaan Bahagian Peribadi Wanita

Sebagai langkah pencegahan, setiap wanita perlu menjaga kebersihan diri terutama bahagian peribadinya.

Oleh kerana bahagian peribadi wanita selalu lembap disebabkan berpeluh, bakteria juga mudah membiak dan ia boleh mendatangkan penyakit dan bau yang tidak menyenangkan. Jadi, EH! senaraikan tip penjagaan bahagian intim yang wanita patut tahu dan amalkan.

1. Elak menggunakan produk haruman seperti bedak dan pewangi pada faraj. Perlu untuk menjaga keseimbangan pH dalam faraj.

2. Cuci bahagian luar alat sulit dengan air bersih sudah memadai.

3. Gunakan waktu mandi dan membuang air untuk membersihkan alat sulit.

4. Gunakan air bersih untuk mencuci.

5. Gunakan sabun khusus jika perlu.

6. Gunakan seluar dalam yang sentiasa bersih.

7. Pakai seluar dalam yang selesa.

8. Pilih seluar dalam daripada kain kapas.

 sumber:google

9. Gunakan pantyliner atau tuala wanita nipis bagi mereka yang mempunyai masalah keputihan.

10. Potong atau cukur rambut pada bahagian peribadi untuk mengelakkan peluh berlebihan
danpembiakan bakteria.

11. Pastikan alat pencukur atau gunting itu bersih.

12. Elak menggunakan seluar dalam orang lain.

13. Sebaik-baiknya gunakan air suam untuk pencucian.

14. Sewaktu haid, gunakan tuala wanita yang sesuai.

15. Ganti tuala wanita enam kali sehari.

16. Selepas membersihkan bahagian sulit, keringkan dahulu kemudian barulah pakai seluar dalam.

17. Anda boleh gunakan air sirih (rebus beberapa helai daun sirih) untuk membersihkan alat sulit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...