Thursday 2 March 2017

PETUA ATASI MASALAH BAU BADAN DAN JERAWAT DI BADAN

Daun sireh


Daun Inai

Tempoh hari seorang rakan mengadu bahawa anak gadisnya yang semakin meningkat remaja mengalami masalah bau badan serta punya masalah jerawat di badan akibat perubahan hormon.
Maka, saya mencadangkan anaknya meminum air rebusan sirih dan inai,.
Petua turun- temurun ini sesuai juga diamalkan tak kira lelaki atau wanita.
Rebusan Daun Sireh Dan Inai
 
Bahan-bahan:
Daun Sireh -3 helai
Daun Inai - segenggam
Air - 3 gelas

Cara-cara:
Direbus kesemuanya degan api sederhana kecil dari 3 gelas menjadi 1 gelas
Tapis dan minum bila sudah suam. Diamalkan seminggu sekali. Lebih elok diamal setelah period.

Sesuai juga untuk:
Angin dalam badan
Cirit birit
Sengal-sengal badan
Sakit kepala/menyejukkan badan
Segarkan badan
Mengalami jerawat muka dan badan
Melicinkan kulit
Hilangkan gatal-gatal kulit

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...